awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
Syarikat AS Ocean Infinity sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian Omicron: WHO saran batalkan majlis sepanjang musim Krismas

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2021
23:07 MYT
Varian Omicron: WHO saran batalkan majlis sepanjang musim Krismas
Dr Tedros saran kerajaan batalkan acara sepanjang musim perayaan Krismas berikutan peningkatan kes varian Omicron COVID-19 di seluruh dunia. -Gambar fail/Reuters
GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengesyorkan agar acara sepanjang musim perayaan Krismas dibatalkan berikutan peningkatan kes varian Omicron COVID-19 di seluruh dunia.
Bercakap pada sidang akhbar di Geneva, Dr Tedros berkata ia sebagai langkah sementara untuk kembali kepada keadaan normal.
Jelasnya, pemimpin kerajaan dan individu harus membuat keputusan yang sukar ini untuk melindungi diri dan orang lain.
"Semua orang sudah muak dengan pandemik ini. Semua orang mahu meluangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga. Semua orang mahukan hidup kembali normal.
"Jalan termudah adalah pemimpin dan individu perlu membuat keputusan sukar untuk melindungi diri dan lain-lain. Ia juga membawa makna membatal dan menangguhkan majlis.
"Adalah lebih baik sekiranya ia dibatalkan sekarang dan menyambutnya nanti berbanding berduka. Tidak ada orang mahukan ia berterusan 12 bulan akan datang," katanya.
Beliau turut mengkritik sesetengah negara yang memberikan dos penggalak kepada golongan muda manakala warga emas di negara miskin masih belum diberikan vaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Krismas
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan