awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital

Bernama
Bernama
09/03/2025
22:30 MYT
Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Vatican membatalkan sembahyang yang secara tradisi berlangsung pada Ahad di Dataran St Peter buat kali keempat berturut-turut ketika Paus Francis masih dirawat di hospital akibat radang paru-paru yang serius. - Gambar fail Reuters
ROM: Vatican membatalkan sembahyang yang secara tradisi berlangsung pada Ahad di Dataran St Peter buat kali keempat berturut-turut ketika Paus Francis masih dirawat di hospital akibat radang paru-paru yang serius, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.
Lewat Sabtu, Badan Pentadbir Pusat Gereja Katolik itu memaklumkan, keadaan pemimpin Katolik berusia 88 tahun itu menunjukkan "peningkatan beransur-ansur".
"Keadaan klinikal Paus kekal stabil dalam beberapa hari kebelakangan ini dan menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan," menurut kenyataan itu.
Tambahnya, Paus tidak mengalami demam. Buletin kesihatan seterusnya dijangka dikeluarkan pada Isnin malam.
Kesihatan Paus merosot sejak beliau dimasukkan ke Hospital Gemelli pada 14 Feb lepas, yang pada mulanya dilaporkan sebagai kes bronkitis.
Bagaimanapun, beliau kemudian disahkan menghidap radang paru-paru berganda dan telah beberapa kali menggunakan mesin ventilator.
Francis kini merupakan paus kedua tertua dalam sejarah. Khamis ini menandakan ulang tahun ke-12 pelantikannya menggantikan Benedict XVI, yang meletak jawatan pada usia 85 tahun tetapi hidup sehingga 95 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vatican
#Paul Francis
#Paus Francis masuk hospital
#radang paru-paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan