awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vatican pulangkan 62 artifak warisan Orang Asli kepada Kanada

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2025
00:45 MYT
Vatican pulangkan 62 artifak warisan Orang Asli kepada Kanada
Pope Francis melawat Kanada pada tahun 2022, di mana komuniti Orang Asli memohon pemulangan semula artifak warisan mereka. - Foto REUTERS
VATICAN CITY: Pihak Vatican telah memulangkan sebanyak 62 artifak warisan budaya kepada Kanada, hampir satu abad selepas ia diambil daripada komuniti Orang Asli untuk dipamerkan di muzium misi di Rom.

Ringkasan AI
  • Pihak Vatican memulangkan 62 artifak warisan budaya kepada Kanada, termasuk kayak Inuit dan kasut moccasin, selepas hampir satu abad dipamerkan di muzium misi di Rom.
  • Langkah ini merupakan kesinambungan permohonan maaf bersejarah oleh Pope Francis pada 2022 berhubung peranan Gereja Katolik dalam penindasan identiti Orang Asli melalui sistem sekolah berasrama.
  • Tindakan pemulangan artifak ini dilihat sebagai tanda dialog, hormat, dan persaudaraan antara Gereja dan masyarakat Orang Asli, serta disambut baik oleh pemimpin masyarakat dan aktivis warisan budaya.

Penyerahan rasmi dilakukan oleh Pope Leo XIV kepada Persidangan Para Uskup Katolik Kanada (CCCB) dalam satu majlis khas di Istana Apostolik.
Artifak tersebut termasuk kayak Inuit, topeng tradisional, kasut moccasin dan ukiran yang berasal dari pelbagai komuniti Orang Asli di Kanada, termasuk First Nations, Métis dan Inuit.
Langkah ini dilihat sebagai kesinambungan kepada permohonan maaf bersejarah yang dibuat oleh Pope Francis pada 2022 atas peranan Gereja Katolik dalam penindasan identiti Orang Asli melalui sistem sekolah berasrama.
Dalam kenyataan bersama, Vatican dan CCCB menyatakan bahawa hadiah ini adalah “tanda konkrit dialog, hormat dan persaudaraan” antara Gereja dan masyarakat Orang Asli.
Artifak berkenaan sebelum ini disimpan dalam koleksi etnografi Muzium Anima Mundi Vatican, dan kebanyakannya dihantar oleh mubaligh Katolik untuk pameran tahun suci pada 1925.
CCCB memaklumkan bahawa mereka akan menyerahkan artifak tersebut kepada Organisasi Nasional Orang Asli Kanada untuk dipulangkan kepada komuniti asal masing-masing secepat mungkin.
Langkah pemulangan ini disambut baik oleh pemimpin masyarakat Orang Asli dan aktivis warisan budaya, yang telah lama menuntut pemulangan khazanah sejarah yang diambil semasa era penjajahan.
Ia juga mencerminkan usaha berterusan Gereja Katolik untuk memperbaiki hubungan dengan komuniti yang terkesan oleh sejarah kolonialisme dan penindasan budaya.
Topic Berkaitan
#artifak warisan budaya
#Pope Leo XIV
#Inuit
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan