awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venezuela lancar bitcoin, mahu pulihkan ekonomi

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2018
04:49 MYT
Venezuela lancar bitcoin, mahu pulihkan ekonomi
Nicolas Maduro membacakan kenyataan kerajaan dari satu dokumen ketika melancarkan mata wang digital baru versi negara itu di Caracas, Venezuela, 20 Feb, 2018. REUTERS
Venezuela melancarkan mata wang digital versinya sendiri, Petro, tindakan yang dilihat perlu dalam usaha memulihkan masalah ekonomi yang melanda negara itu.
Mata wang kripto atau bitcoin itu akan disokong oleh simpanan minyak mentah Venezuela, yang terbesar di dunia, namun tidak menjelaskan mekanisme sokongan.
Pelancaran mata wang digital itu diumumkan sendiri Presiden Nicolas Maduro pada Selasa dan disiarkan televisyen tempatan, sekaligus memberi kebenaran kepada pelombong untuk mendapatkan mata wang berkenaan.
"Petro akan menjadi satu alat untuk kestabilan ekonomi dan kebebasan kewangan Venezuela, dengan satu visi global dan bercita-cita tinggi untuk mewujudkan sistem kewangan antarabangsa yang bebas, lebih seimbang dan lebih adil," menurut kenyataan kerajaan dalam satu kertas putih 22 halaman.
Sebagai permulaan, Venezuela akan mengeluarkan 100 juta Petro pada tahun pertama, dengan 38.4 juta Petro yang pertama dijangka mencapai jualan AS$60 setiap satu Petro.
Jika semua mata wang digital yang ditawarkan dibeli oleh pelabur, ia mungkin membawa masuk beberapa bilion dolar ke negara yang mengalami kekurangan wang dan inflasi memuncak itu.
Malah, kerajaan pimpinan Maduro itu juga berjanji bahawa rakyat Venezuela akan dapat menggunakan mata wang digital Petro untuk membayar cukai dan menggunakan perkhidmatan awam.
Bagaimanapun, dengan kadar gaji minimum Venezuela sekitar AS$3 sebulan, sukar untuk rakyat negara itu membeli Petro dalam jumlah besar.
Topic Berkaitan
#Bitcoin
#cukai
#digital
#ekonomi
#kripto
#mata wang
#Nicolas Maduro
#Petro
#presiden
#rakyat
#teknologi
#Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan