awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Erich von Daeniken, penulis teori ‘makhluk asing kuno’ meninggal dunia pada usia 90 tahun
Pelajar UPSI ditemukan lemas selepas cuba selamatkan rakan
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion

Bernama
Bernama
11/01/2026
20:30 MYT
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
Trump berkata, Venezuela telah "memulakan proses" membebaskan tahanan politik, ketika Washington sedang menyusun semula pendekatannya terhadap Caracas di tengah-tengah rundingan diplomatik dan berkaitan tenaga. - Gambar fail Reuters
ANKARA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Venezuela telah "memulakan proses" membebaskan tahanan politik, ketika Washington sedang menyusun semula pendekatannya terhadap Caracas di tengah-tengah rundingan diplomatik dan berkaitan tenaga, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media pada Sabtu.
Pada Sabtu, Trump berkata, perkembangan itu susulan hubungan antara pegawai AS dan Venezuela, ketika delegasi AS tiba di Caracas pada Jumaat bagi menjalankan apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa Venezuela sebagai "penilaian teknikal dan logistik" bertujuan memulihkan hubungan diplomatik, lapor CBS News.
Presiden AS itu juga berkata, beliau telah membatalkan gelombang kedua tindakan ketenteraan terhadap Venezuela yang dijangkakan sebelum ini, sambil menyatakan bahawa kerjasama antara kedua-dua pihak telah "berjalan dengan baik," menurut laporan itu.
Trump berkata, beliau merancang untuk bertemu pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado pada minggu hadapan.
Langkah diplomatik itu berlaku serentak dengan mesyuarat di White House pada Jumaat antara Trump dan eksekutif syarikat minyak utama AS, yang mana beliau menggesa pelaburan sekurang-kurangnya AS$100 bilion untuk memulihkan sektor minyak Venezuela, lapor BBC.
Trump memberitahu para eksekutif berkenaan bahawa pengeluaran minyak yang diperbaharui boleh membantu menurunkan harga tenaga global, sambil memetik laporan BBC: "Kami terbuka untuk perniagaan."
Bagaimanapun, pemimpin industri menyuarakan kebimbangan dengan memetik risiko keselamatan, undang-undang, dan pelaburan.
Ketua Pegawai Eksekutif ExxonMobil, Darren Woods berkata, Venezuela pada masa ini adalah kawasan yang "tidak boleh dilabur," merujuk kepada pengalaman masa lepas syarikat itu mengenai rampasan aset.
"Untuk memasuki semula pasaran itu buat kali ketiga memerlukan beberapa perubahan yang cukup besar," kata Woods, lapor BBC.
Chevron, firma minyak utama AS yang terakhir masih beroperasi di Venezuela, menyumbang kira-kira satu perlima daripada pengeluaran semasa negara itu, manakala Repsol dari Sepanyol dan Eni dari Itali juga aktif di negara berkenaan, menurut BBC.
Repsol menyatakan, ia mampu menggandakan pengeluarannya sebanyak tiga kali ganda sekiranya keadaan mengizinkan.
White House memaklumkan, ia sedang berusaha untuk menarik balik sekatan secara terpilih dan mengawal penjualan minyak dengan mendepositkan hasil ke dalam akaun yang diuruskan oleh AS.
Trump juga menandatangani perintah eksekutif yang menghalang mahkamah AS daripada merampas hasil minyak Venezuela yang disimpan dalam akaun Perbendaharaan AS.
Di sebalik keyakinan yang dizahirkan oleh pentadbiran itu, penganalisis memberitahu BBC bahawa pelaburan berskala besar sukar dilaksanakan tanpa kestabilan politik dan jaminan undang-undang, selain memberi amaran bahawa sasaran AS$100 bilion Trump masih jauh daripada keadaan yang realistik.
Venezuela kini mengeluarkan kira-kira satu juta tong minyak sehari, merangkumi kurang daripada satu peratus bekalan global, menurut angka BBC.
"Adalah sukar untuk melihat komitmen besar sebelum kita mempunyai situasi politik yang stabil sepenuhnya," kata Claudio Galimberti dari Rystad Energy seperti yang dipetik BBC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Venezuela
#Tahanan Politik
#rundingan diplomatik
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan