awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS veto draf resolusi PBB berkaitan Baitulmaqdis

Agensi
Agensi
18/12/2017
20:10 MYT
AS veto draf resolusi PBB berkaitan Baitulmaqdis
Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung status Baitulmaqdis - REUTERS
Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dibentangkan dalam satu sesi pada Isnin.
Draf resolusi berkenaan yang dibentangkan Mesir bertujuan membatalkan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Donald Trump.
Sesi pengundian menyaksikan 14 ahli Majlis Keselamatan menyokong draf resolusi berkenaan, namun ia diveto Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley.
Draf resolusi itu menekankan status akhir Baitulmaqdis sewajarnya diselesaikan menerusi rundingan sejajar dengan keperluan resolusi PBB.
Ia turut menuntut semua negara mematuhi 10 resolusi yang diluluskan berhubung Baitulmaqdis sebelum ini, termasuk dari 1967.
Antara lain, persetujuan status kota itu ditentukan menerusi rundingan antara Palestin dan Israel.
Dalam reaksi segera, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengalu-alukan tindakan Washington, yang disifatkannya mengangkat kebenaran.
Di Ramallah, Menteri Luar Palestin Riad al-Maliki mengecam sekeras-kerasnya tindakan AS menggunakan kuasa veto.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Baitulmaqdis
#Benjamin Netanyahu
#Donald Trump
#Israel
#Mesir
#Palestin
#PBB
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan