awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Lelaki makan kucing hidup-hidup diburu polis

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2019
05:41 MYT
Video tular: Lelaki makan kucing hidup-hidup diburu polis
Lelaki yang kelihatan memakai topi biru dengan jaket coklat itu juga mengaku berada dalam keadaan sedar ketika melakukannya. -YouTube
Seorang lelaki diburu polis susulan rakaman video yang menunjukkan dia makan seekor kucing hidup-hidup tular di media sosial.
Dalam kejadian dipercayai di sebuah pasar utama di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, lelaki berusia sekitar 40-an itu dilihat memegang kucing berkenaan sebelum menggigit bahagian badan haiwan malang itu hingga perutnya terburai.
Lelaki yang kelihatan memakai topi biru dengan jaket coklat itu juga mengaku berada dalam keadaan sedar ketika melakukannya.
Polis Metro Kemayoran dalam satu kenyataan berkata pihaknya masih menyiasat rakaman video itu dan memburu pelakunya namun belum berhasil, lapor media tempatan.
Sehingga kini polis belum dapat mengenal pasti motif tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu.
“Apakah dia stres, kami tidak pasti. Kita mahu tanya apa tujuan dia makan kucing di khalayak ramai,” menurut jurucakap polis.
Rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki yang dipercayai tidak siuman itu. Manakala yang lain pula mengaitkannya dengan unsur mistik.
Topic Berkaitan
#hidup-hidup
#makan kucing
#makan kucing di khalayak ramai
#perut terburai
#Polis Metro Kemayoran
#rakaman video
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan