awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video viral: Lelaki terima 13 jahitan disondol babi hutan tak keruan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/11/2018
06:47 MYT
Video viral: Lelaki terima 13 jahitan disondol babi hutan tak keruan
Lelaki berkenaan dilihat berjalan seorang diri di tepi jalan sebelum babi hutan itu berlari dari satu arah dan merempuhnya. - Twitter @koki915N
SEBUAH video yang memaparkan seorang lelaki dirempuh dan diserang oleh seekor babi hutan tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Akibatnya, lelaki itu dilaporkan terpaksa menerima 13 jahitan pada peha kirinya akibat pergelutan dengan haiwan itu.
Kejadian berlaku berdekatan stesen keretapi Imajuku, Fukuoka pada 26 Oktober lalu. Namun kejadian itu hanya mula menjadi bualan selepas pemilik akaun Twitter @KOKI915N memuat naik video tersebut beberapa hari lalu.
Menerusi video itu, lelaki berkenaan dilihat berjalan seorang diri di tepi jalan sebelum babi hutan itu berlari dari satu arah dan merempuhnya.
Lelaki itu yang jatuh akibat rempuhan tersebut, terpaksa pula mempertahankan diri apabila haiwan itu mula menyerangnya.
Nasib lelaki itu baik apabila sebuah kereta yang melalui jalan terbabit, membunyikan hon, sekaligus menakutkan babi hutan itu yang kemudiannya melarikan diri.
Media Jepun melaporkan kedudukan stesen Imajuku berdekatan dengan kawasan bukit dan babi hutan itu dipercayai dalam keadaan panik kerana tersesat.
pic.twitter.com/JAmzsFbiKe
— (@Koki915N) November 4, 2018
Topic Berkaitan
#babi hutan
#bukit
#fukuoka
#hutan
#Imajuku
#Jepun
#keretapi
#rempuh
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan