Rakaman video di akaun TikTok Sikhansuy dimuat naik pada Sabtu lepas dan sehingga kini meraih sebanyak 12 juta tontonan.
Dalam rakaman tular itu, perakam video menceritakan detik dia dan rakannya memesan semangkuk mi segera di warung tepi jalan.
Tiada maklumat tentang siapa wanita tersebut melainkan catatan pada video yang menyatakan bahawa wanita itu berasa sangat lapar.
Dalam video tersebut, kelihatan dua gadis berada di sebuah gerai makanan menyajikan mi segera.
Ketika kamera beralih dari pemilik gerai kepada rakannya yang sedang menyuap mi segera, perakam video terus menjerit "panas!"
Kelihatan pada video itu rakannya hampir saja menyuapkan mi tersebut.
Namun apa yang peliknya apabila dia kemudian menghembus asap yang banyak dan mengakui bahawa mi itu sememangnya panas sebelum rakaman berakhir.
Tidak diketahui sama ada ia benar berlaku namun rata-rata netizen mempertikai rakaman itu dan menganggapnya direka-reka untuk tujuan publisiti.