DUNIA
Vietnam bersedia laksana piawaian pelepasan baharu untuk motosikal

Menurut Bank Dunia, pencemaran udara di Vietnam menyebabkan kerugian ekonomi tahunan bersamaan enam hingga tujuh peratus daripada KDNK.
- Reuters
HANOI: Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar (MAE) Vietnam dijangka mengeluarkan piawaian pelepasan kebangsaan baharu untuk motosikal bulan ini sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan pencemaran udara bandar dan melengkapkan sistem peraturan teknikal kebangsaan mengenai emisi kenderaan.
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), Pengarah Agensi Alam Sekitar Vietnam di bawah kementerian itu Hoang Van Thuc menyatakan bahawa langkah berkenaan selaras dengan Undang-Undang Perlindungan Alam Sekitar 2020.
Beliau berkata agensi itu telah ditugaskan untuk merangka pekeliling yang mengawal selia piawaian teknikal kebangsaan (QCVN) mengenai pelepasan untuk kereta, motosikal dan kenderaan bermotor, bersama-sama dengan cadangan pelan hala tuju pelaksanaan untuk dikemukakan kepada menteri bagi kelulusan.
Pada masa sama, MAE sedang menyediakan draf keputusan kerajaan mengenai pelan hala tuju untuk melaksanakan piawaian pelepasan bagi motosikal dan kenderaan bermotor untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri bagi kelulusan.Menurut Bank Dunia, pencemaran udara di Vietnam menyebabkan kerugian ekonomi tahunan bersamaan enam hingga tujuh peratus daripada KDNK.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami