awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal rasuah ATM: SPRM kemuka kertas siasatan, cadangan pertuduhan kepada pendakwa raya
Trafik penumpang MAHB 2025 cecah 15.53 juta seiring permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026
Titah Agong tuntut tindakan menyeluruh perangi rasuah, salah guna kuasa - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deepavali: Maxis dan Astro bantu lebih 200 komuniti Chetti di Melaka

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
14/10/2025
14:52 MYT
Deepavali: Maxis dan Astro bantu lebih 200 komuniti Chetti di Melaka
Masyarakat Chetti ialah kumpulan masyarakat berketurunan India Tamil yang terkenal dengan gabungan warisan budaya India dan Melayu.
KUALA LUMPUR: Astro dan Maxis baru-baru ini berganding bahu bagi membantu 250 masyarakat Chetti Melaka dengan sumbangan keperluan asas selain meraikan warisan komuniti tersebut dalam sebuah program amal sempena perayaan Deepavali di Kampung Chetti, Melaka.
Naib Presiden, Perniagaan Pelanggan India Astro, Prem Anand berkata, Astro berbesar hati untuk menyokong komuniti Chetti Melaka bukan sahaja melalui keceriaan perayaan tetapi juga dengan memberi akses kepada kandungan sepanjang musim ini.
"Ia adalah cara kami berkongsi kegembiraan dan menjadikan sambutan ini lebih bermakna.
"Deepavali ialah masa untuk meraikan kebersamaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Azizul Abdul Rahman berkata, dengan menyokong komuniti tempatan dan menghargai tradisi bersama rakan seperti Astro, detik positif dapat dicipta demi membina masa depan yang lebih cerah dan terhubung untuk semua.
Beliau berkata demikian selepas program Deepavali Festive Charity: Together for a Better Tomorrow anjuran Maxis dan Astro yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong pada Ahad (12 Oktober).
Program turut diserikan dengan kehadiran penyampai radio Astro RAAGA selain pemnberian baucar Sooka oleh Astro yang membolehkan komuniti itu menikmati akses percuma selama tujuh hari kepada semua kandungan sukan dan hiburan di platform tersebut.
Maxis dan Astro turut menyumbangkan 100 pek barangan keperluan asas kepada keluarga berpendapatan rendah sebagai persiapan menjelang perayaan.
Pada masa sama, Maxis berbesar hati menyumbang komputer riba terpakai yang telah dibaik pulih bagi membolehkan penduduk mendapat akses digital selain peralatan rekreasi seperti meja pingpong dan set dart.
Rakyat Malaysia boleh menikmati lagu Deepavali Astro bertajuk Ithu Namma Kondattam ciptaan Santesh serta nyanyian Santesh, Maria Thomas, Pridha, Kay-D, Zaddy dan Shanjanaa Rajendran yang kini boleh distrim di Joox, Spotify, iTunes, Apple Music dan Deezer.
Selain itu, pelbagai program khas Deepavali juga boleh dinikmati di radio RAAGA dan platform media sosialnya.
Topic Berkaitan
#Astro
#Maxis
#Deepavali
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan