awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM buat persiapan hadapi dua kohort, fokus pengisian guru dan fasiliti sekolah - Wong
Astro Shaw intai kerjasama dengan Sofyank, Nicholas Chin, Kudrat pembuka ASCU
Kenderaan tidak dibenarkan masuk, di parkir di kawasan Empangan Sultan Azlan Shah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM hasrat tambah jurulatih beregu lelaki

Bernama
Bernama
14/10/2025
15:30 MYT
BAM hasrat tambah jurulatih beregu lelaki
Kenny berkata keputusan itu juga selepas pihaknya mendapati nisbah antara jurulatih dan pasangan beregu ketika ini tidak seimbang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhasrat untuk mengambil seorang lagi jurulatih beregu lelaki bagi memperkukuh lagi sektor berkenaan.
Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata langkah itu diambil susulan permintaan Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky, yang mahu memastikan setiap pasangan beregu mendapat perhatian dan pemantauan lebih menyeluruh.
"Saya boleh mengesahkan memang ada permintaan daripada Rexy untuk menambah seorang lagi jurulatih.
"Kami kini dalam proses temu duga beberapa calon," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan ke Temasya Sukan SEA Thailand di Wisma Majlis Olimpik Malaysia hari ini.
Kenny berkata keputusan itu juga selepas pihaknya mendapati nisbah antara jurulatih dan pasangan beregu ketika ini tidak seimbang.
"Kalau kita lihat sekarang, dua jurulatih untuk 10 pasangan. Jadi memang perlu ditambah bagi memastikan latihan dapat dijalankan secara lebih fokus dan efektif," katanya.
Mengenai senarai akhir pemain yang bakal mewakili negara di Sukan SEA Thailand, Kenny berkata pengumuman rasmi dijangka dibuat selewat-lewatnya Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#Majlis Olimpik Malaysia
#Sukan SEA
#pasangan beregu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan