awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam terima 1.87 juta pelawat asing dalam tempoh sembilan bulan tahun 2022

Bernama
Bernama
30/09/2022
21:45 MYT
Vietnam terima 1.87 juta pelawat asing dalam tempoh sembilan bulan tahun 2022
Sektor pelancongan giat memperkasa aktiviti mempromosi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung asing. - Foto fail/REUTERS
HANOI: Vietnam menerima kira-kira 1.87 juta ketibaan antarabangsa dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, 16.4 kali lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas, namun lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2019 iaitu sebelum penularan COVID-19, demikian menurut Pejabat Perangkaan Umum (GSO).
Pada September sahaja, negara itu menyaksikan hampir 432,000 pelawat asing, susut 11.2 peratus berbanding bulan sebelumnya, lapor agensi beita Vietnam (VNA).
Jumlah pendapatan daripada perkhidmatan penginapan dan katering mencecah VN$430.9 trilion dalam tempoh sembilan bulan, peningkatan 54.7 peratus tahun ke tahun, manakala pendapatan daripada perkhidmatan perjalanan mencecah kira-kira VN$18.2 trilion, 3.9 kali lebih tinggi daripada angka yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, bersamaan 55.9 peratus daripada jumlah itu dalam tempoh yang sama pada 2019.
Sektor pelancongan giat memperkasa aktiviti mempromosi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung asing.
Ia melaporkan baru-baru ini, Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan Vietnam (VNAT) telah menyelaraskan rangkaian media sosial TikTok dan Persatuan Pelancongan Vietnam untuk memperkenal pelancaran "Ngan nga Vietnam," yang menggalakkan pengguna mengenali dan menikmati keindahan muzik tradisional, meraikan budaya dan berkongsi kebanggaan negara, sekali gus menyumbang kepada usaha mempromosi pelancongan Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#pelancongan
#Penginapan
#katering
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan