awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan gaji 30 peratus komitmen bermakna kepada para hakim - Wan Ahmad Farid
SPRM manfaat kepakaran universiti bantu penyelidikan AI, tadbir urus dan rasuah
Protes Iran: Israel tidak mahu perubahan rejim berlaku  - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Virus Wuhan: Kematian di China meningkat kepada 304

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2020
23:20 MYT
Virus Wuhan: Kematian di China meningkat kepada 304
Petugas kesihatan memerhatikan imej haba yang memantau penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand, 29 Jan, 2020. (Foto AP/Fail)
Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baru di Hubei meningkat sebanyak 45 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 304 kes setakat Sabtu (1 Feb) malam, menurut laporan televisyen China.
Hubei, di mana virus tersebut bermula, mencatatkan 1,921 kes tambahan, menjadikan kesemuanya 9,074 jangkitan di wilayah itu.
Di seluruh negara itu, jumlah jangkitan setakat ini telah melebihi 14,300 kes, menurut laporan agensi berita CNA.
Kebanyakan kes kematian dan jangkitan virus yang dinamakan 2019-nCoV itu dilaporkan di Hubei, sebuah wilayah di tengah China yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 250 nyawa
Pada Jumaat, seorang pegawai tinggi kerajaan di Wuhan, bandar yang mempunyai 11 juta penduduk di mana kes pertama dilaporkan pada Disember 2019, melahirkan kekesalan karena pihak berkuasa tempatan didakwa bertindak terlalu lambat.
Minggu lepas, kerajaan pusat China bertindak menutup Wuhan dan kawasan sekitarnya di wilayah Hubei, serta menyekat perjalanan di seluruh negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk itu.
Bagaimanapun, wabak itu telah tersebar luas ketika orang Cina merantau ke seluruh negara dan luar negara sempena cuti Tahun Baru Cina yang bermula 25 Jan lalu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak tersebut satu darurat kesihatan global, tetapi tidak mengesyorkan sebarang sekatan perdagangan atau perjalanan antarabangsa.
Setakat ini, virus tersebut telah dilaporkan di lebih 20 negara seluruh dunia.
Beberapa negara mengambil langkah segera memindahkan warganegara mereka dari Wuhan, melibatkan ratusan warga Amerika Syarikat, Jepun, British, Perancis dan Korea Selatan setakat ini.
Topic Berkaitan
#2019-nCoV
#Amerika Syarikat
#China
#darurat kesihatan global
#Hubei
#Jepun
#koronavirus baru
#Tahun Baru Cina
#wabak
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan