awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wabak obesiti: Pemimpin Kepulauan Pasifik dicabar kurangkan berat badan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/08/2018
01:46 MYT
Wabak obesiti: Pemimpin Kepulauan Pasifik dicabar kurangkan berat badan
'Wabak obesiti' di wilayah itu didakwa berpunca daripada makanan import yang diproses selain daging berlemak.
Perdana Menteri Tonga, Akilisi Pohiva mencabar pemimpin Kepulauan Pasifik itu untuk menyertai cabaran kurangkan berat badan selama setahun untuk menjadi contoh kepada komuniti di negara itu.
Beliau memberitahu media, cadangan pertandingan seumpama itu akan dikemukakan kepada pemimpin ketika bertemu di Forum Kepulauan Pasifik pada bulan depan.
Cabaran itu dibuat selepas data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sehingga 90 peratus populasi penduduk di kepulauan tersebut mengalami masalah obesiti.
Difahamkan, 10 daripada kepulauan tersebut menduduki tangga teratas masalah obesiti di seluruh dunia.
'Wabak obesiti' di wilayah itu didakwa berpunca daripada makanan import yang diproses selain daging berlemak.
"Kita gagal memerangi obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan penyakit seperti masalah jantung serta diabetis. Segalanya berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup.
"Ia menjadi isu kompleks bagi penduduk Pasifik," jelasnya.
Menurutnya, ia bukan tentang siapa yang kehilangan berat paling banyak kerana pengambilan kuantiti makanan yang sedikit dan mempunyai mental yang sihat akan mencapai matlamat cabaran tersebut.
"Apabila mereka mempunyai gaya pemikiran sebegitu, ia pasti akan mempengaruhi komuniti untuk mengamalkan aspek sama," ujarnya lagi. - BBC
Topic Berkaitan
#gemuk
#Kepulauan Pasifik
#kesihatan
#lemak
#obesiti
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Tonga
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan