awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil AS, Arab dan Eropah bincang pasca perang Gaza

Agensi
Agensi
17/02/2024
02:30 MYT
Wakil AS, Arab dan Eropah bincang pasca perang Gaza
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken; Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan antara yang berhimpun di luar Persidangan Keselamatan Munich tahunan, pada Jumaat. - Gambar fail
MUNICH: Pegawai kanan Amerika Syarikat (AS), Arab dan Eropah bertemu di Munich bagi membincangkan kemajuan dalam merumuskan rancangan untuk Gaza pasca perang yang akan dikaitkan dengan menormalkan hubungan antara Israel dan Arab Saudi.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken; Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan; Menteri Luar Jordan, Qatar, Jerman, Britain, Perancis dan Itali adalah antara yang berhimpun di luar Persidangan Keselamatan Munich tahunan, pada Jumaat.
Pertemuan itu adalah yang pertama dalam format sedemikian sejak perang meletus pada 7 Oktober tahun lalu antara Hamas dan Israel.
Matlamatnya adalah untuk negara Amerika Syarikat, Eropah dan Arab berkongsi perbincangan yang telah mereka lakukan mengenai Gaza selepas perang.
Ini termasuk normalisasi Israel-Saudi, integrasi Israel yang lebih luas ke rantau ini dan jaminan keselamatan, laluan ke arah negara Palestin dan bagaimana untuk memperbaharui Pihak Berkuasa Palestin.
Negara-negara Barat dan Arab telah menunjukkan perpecahan mengenai konflik Israel-Palestin dan tindak balas mereka kebanyakannya adalah untuk cuba meredakan keadaan kemanusiaan di enklaf itu.
Walau bagaimanapun, dengan jumlah korban awam yang semakin meningkat, terdapat desakan untuk sekurang-kurangnya menyusun sesuatu apabila terdapat gencatan senjata dapat dilakukan.
Washington telah mengetuai rundingan dengan sekutu Arab, selari dengan rundingan untuk memastikan pembebasan tebusan Israel yang diculik Hamas.
Pegawai AS berkata, perjanjian tebusan itu akan menyaksikan pembebasan baki 133 tebusan dan mencapai jeda yang berpanjangan untuk menghentikan pertempuran yang telah mengorbankan lebih 28,000 rakyat Palestin.
Seorang diplomat Eropah berkata, AS telah bekerjasama dengan orang Arab dan langkah yang baik untuk mendengar perbincangan mereka.
"Ia berguna kerana semua orang cuba menggerakkan sesuatu.
"Terdapat lebih banyak perkara yang mendesak kerana serangan yang berlaku ke atas Rafah," katanya.
Israel telah berikrar untuk menyerang Rafah, wilayah paling selatan di Gaza di mana menjadi tempat perlindungan terakhir Rakyat Palestin.
Dengan sebahagian besar pentadbiran AS menyokong Israel dan memasuki tempoh pilihan raya, beberapa negara Eropah berminat untuk menggunakan hubungan kukuh mereka dengan negara-negara Arab untuk turut membuat inisiatif bersama. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#pasca perang
#pembangunan Gaza
#Antony Blinken
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan