awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
PBB adakan mesyuarat tergempar isu pengiktirafan Somaliland oleh Israel
Perak tambah peruntukan Perak Pawsitive Initiative kepada RM0.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil perdagangan AS gantung siasatan usaha 'dominasi maritim' China selama setahun

Bernama
Bernama
10/11/2025
21:15 MYT
Wakil perdagangan AS gantung siasatan usaha 'dominasi maritim' China selama setahun
Penggantungan itu dibuat susulan perjanjian yang dicapai pada sidang kemuncak baru-baru ini antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping.
MOSCOW: Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) menggantung selama setahun siasatan terhadap dakwaan usaha China untuk mendominasi industri logistik maritim dan pembinaan kapal, bermula Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mengumumkan penggantungan siasatan Seksyen 301 terhadap tindakan China yang menyasarkan sektor maritim, logistik dan pembinaan kapal untuk penguasaan pasaran. Tindakan ini akan digantung selama setahun," menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat Ahad.
Penggantungan itu dibuat susulan perjanjian yang dicapai pada sidang kemuncak baru-baru ini antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping.
"Amerika Syarikat akan berunding dengan China mengikut Seksyen 301 berhubung isu yang dibangkitkan dalam siasatan ini. Dalam masa yang sama, AS akan meneruskan usaha domestik serta perbincangan dengan sekutu utama dan rakan kongsi bagi menggiatkan semula industri pembinaan kapal Amerika," menurut kenyataan itu lagi.
Trump dan Xi mencapai persetujuan perdagangan selama setahun semasa pertemuan di Pangkalan Udara Gimhae, Busan, Korea Selatan, pada akhir Oktober. Berdasarkan perjanjian itu, AS mengurangkan tarif ke atas barangan China daripada 57 peratus kepada 47 peratus dan menurunkan tarif fentanyl daripada 20 peratus kepada 10 peratus, manakala China membenarkan peningkatan import produk pertanian dari Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#USTR
#China
#Amerika Syarikat
#industri logistik
#maritim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan