awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Afghanistan tuntut hak pendidikan, pekerjaan

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2021
23:45 MYT
Wanita Afghanistan tuntut hak pendidikan, pekerjaan
Sekumpulan wanita mengadakan tunjuk perasaan sambil memegang sepanduk di Kabul bagi menuntut hak mendapat pendidikan dan pekerjaan. - Foto AP
KABUL: Sekumpulan wanita di Afghanistan turun ke jalanan bagi menyuarakan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.
Sejak Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan, Afghanistan berdepan ketidaktentuan.
Ia termasuk lebih banyak hak buat kaum wanita disekat, untuk mendapatkan pekerjaan dan pendidikan.
"Kami turun ke jalanan lagi seperti sebelum ini, untuk memperjuangkan hak dan kami akan teruskan sehingga sekolah-sekolah perempuan dibuka dan keadaan ekonomi menjadi baik.
"Kami akan teruskan sehingga dunia mendengar rintihan kami, ekonomi juga sudah sampai ke penghujungnya.
"Makanan dan harga minyak juga mahal dan rakyat tidak mampu membelinya," kata aktivis masyarakat awam, Zahra Mohammadi.
Masyarakat antarabangsa menyuarakan kebimbangan atas pentadbiran baharu Taliban, terutamanya membabitkan hak asasi manusia bagi mendapatkan akses pendidikan di sekolah dan universiti.
Situasi itu mengingatkan kembali pemerintahan Taliban pada masa lalu apabila sekatan dikenakan terhadap golongan wanita untuk ke sekolah, bekerja dan mempunyai kehidupan sosial.
Topic Berkaitan
#tunjuk perasaan
#Afghanistan
#wanita
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan