TINDAKAN bersahaja seorang ahli terapi untuk kanak-kanak autistik mengambil gambar dengan penunjuk perasaan anti-Islam tular di media sosial, sejak semalam.

Ketika kejadian, Shaymaa Ismaa'eel, 24 tahun, menghadiri Konvensyen Islam di Amerika Utara apabila dia terlihat beberapa lelaki mengadakan bantahan di luar kawasan konvensyen sambil memegang sepanduk anti-Muslim.

“Pada 21 April, saya bergambar di hadapan kumpulan protes dan berjalan meninggalkan tempat itu dengan perasaan bangga,” tulisnya dalam entri yang dimuat naik di Twitter.

Berbeza dengan peserta konvensyen lain yang mengelak untuk bertembung dengan penunjuk perasaan, Shaymaa sebaliknya meminta rakan mengambil gambar kerana dia ingin melawan kebencian dengan kebaikan.




“Saya memanggil rakan saya, Jamilah dan memberitahu itu mereka. Boleh awak ambilkan gambar saya?

“Saya hampiri kumpulan itu. Saya bertanya kepada polis sama ada boleh berdiri di situ namun polis tidak membenarkannya.

“Walaupun sukar tetapi saya tetap tersenyum di dalam gambar tersebut dan mereka mula menjerit kepada saya. Bagaimanapun, saya tidak mempedulikannya,” kata Shaymaa.

Shaymaa turut menegaskan gambar berkenaan adalah benar dan tidak disunting.

Rata-rata pengikut Twitter menyokong keberanian Shaymaa, malah ada juga yang mencadangkan agar gambar itu disimpan di muzium. - SBS News