Disebabkan tidak mampu membayar kos rawatan bagi mengubati barah payudara yang dideritai, seorang ibu empat anak membuat keputusan untuk hanya merawat penyakitnya itu menggunakan minuman herba dan ubat tradisional.
Tetapi malangnya keadaan Christina Ombao, 39, dari Filipina bertambah buruk apabila tumor tersebut telah memakan semua tisu payudara sehingga menyebabkan bengkak sebesar saiz kepalanya.
Meskipun didiagnosis barah tahap empat pada tahun 2016, namun Ombao memilih untuk memberi keutamaan kepada anak-anak berbanding kesihatannya.
“Kami tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai rawatan penyakit saya. Saya mempunyai anak berusia dua tahun ketika itu.
“Masa saya banyak dihabiskan dengan menjaga mereka. Kami tiada wang untuk ke hospital. Ya saya tahu saya dalam kesakitan. Sakit ini menyebabkan saya berasa tidak selesa dan susah tidur,” jelasnya.
Kesihatan fizikal yang semakin merosot turut menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja sebagai pengasuh.
Kini suami Ombao, Alberto Cabilin yang bekerja dalam bidang industri pembinaan terpaksa menjaga empat anak mereka berusia antara enam hingga 11 tahun.
Mengulas mengenai penyakitnya, Ombao percaya ia bermula selepas mengalami kemalangan ketika bekerja.
“Dulu saya pernah menjadi pengasuh. Pernah satu ketika payudara saya terhantuk ketika bermain bersama kanak-kanak yang dijaga. Saya yakin itulah puncanya,” katanya.
Awal bulan lalu, rakan dan keluarga Ombao sepakat mengumpul wang bagi membiayai rawatan wanita itu di hospital di Sagay City, yang terletak beberapa jam dari rumahnya.
Buat masa ini, Ombao dan keluarganya masih menunggu hasil keputusan hospital. - Agensi
Agensi
Sat Sep 21 2019

Kesihatan fizikal yang semakin merosot turut menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja sebagai pengasuh. - Foto Agensi

Perubahan iklim: Akibat Trump, kita rugi tiga tahun - John Kerry
Wakil Hal Ehwal Iklim Amerika Syarikat, John Kerry berkata dunia kerugian tiga tahun dalam perjuangan membendung perubahan iklim, akibat dasar pentadbiran bekas Presiden, Donald Trump. Kerry kini menggesa negara di serata dunia untuk bekerja lebih keras untuk mengurangkan pelepasan gas berbahaya ke Atmosfera.

Letupan lombong emas | Mangsa pertama berjaya diselamatkan
Mangsa pertama letupan lombong emas di bandar Qixia, Shandong, China berjaya dikeluarkan oleh pasukan menyelamat pada pagi Ahad. Pekerja lombong itu disahkan masih hidup, namun keadaannya dilaporkan lemah.

PdPR | Pelajar luar bandar bimbang tercicir
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menumpukan kembali perhatian kepada jurang digital yang wujud antara komuniti bandar dan luar bandar. Walaupun cara pengajaran norma baharu ini membantu pelajar meneruskan pembelajaran ketika PKP, bagi pelajar yang tidak memiliki peranti atau sambungan internet, mereka akan keciciran.

Tidak patuh SOP | 15 penjaja diarah tutup kedai
Seramai 15 penjaja di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang diarahkan berhenti berniaga bermula esok. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ini selepas mereka melakukan beberapa kesalahan, termasuk tidak mematuhi SOP PKP.

PKP 2.0 | Terima aduan lepak kedai kopi di kampung
Polis Kelantan mula melakukan pemantauan di kawasan kampung dan pinggir bandar bagi memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan. Ini berikutan terdapat laporan mendakwa kedai kopi dan kedai makan dalam kawasan kampung membenarkan orang ramai makan dan lepak di premis mereka.

PKP penuh | Jangan ambil keputusan hanya lihat faktor COVID-19
Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso), Prof Madya Yusof Saari berkata, sebaliknya, amalan kehidupan normal baharu khususnya membiasakan diri dengan virus itu perlu diterapkan dalam masyarakat.

PdPR | Segerakan sumbangan komputer riba kepada pelajar
Kerajaan perlu segera menyalurkan sumbangan komputer riba kepada 150,000 pelajar seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 memandangkan sesi persekolahan melalui Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR)sudah bermula.

Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

COVID-19: Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula esok
Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup bermula esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

AWANI Ringkas: Tegas tangani cubaan ganggu darurat | Jangan tutup sektor ekonomi sebab COVID-19

Agong zahir takziah kepada keluarga legenda bola sepak Datuk Namat Abdullah
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarganya sabar.

Nazir Razak kongsi pengalaman lawan kanser prostat
Kempen #onlymencan digerakkan sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki yang disambut pada November setiap tahun.

Kardinal Roman Katolik pertama Malaysia meninggal dunia
Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya di rumah jagaan warga tua, Little Sisters of the Poor St. Francis Xavier di Cheras.

Sanjay Dutt menang 'pertempuran' melawan barah paru-paru
Sanjay Dutt mengumumkan bahawa dia akhirnya berjaya menewaskan barah paru-paru yang dihidapinya baru-baru ini.

China temui kaedah baharu kesan kanser 4 tahun sebelum bergejala
Ujian darah bukan invasif yang dinamakan PanSeer itu mampu mengesan kanser dalam 95 peratus individu yang tiada simptom dan kemudian didiagnos menghidap kanser.

Pelakon John Travolta umum berita sedih, isterinya Kelly Preston pergi buat selamanya
Isteri John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia pada Ahad akibat kanser payudara.

Wanita penghidap kanser payu dara antara 58 yang ditahan dalam operasi
AADK Daerah Kuala Muda melaksanakan operasi bermula 22 hingga 24 Jun dengan kekuatan lapan pegawai dan 17 anggota.

Kenali 5 jenis penyakit membunuh rakyat Malaysia dan bagaimana kita boleh hindari
Bersempena Hari Kesihatan Sedunia yang disambut setiap 7 April, Astro AWANI senaraikan lima jenis penyakit membunuh rakyat Malaysia.

Bekas wartawan TV swasta derita akibat barah
Bekas wartawan sambilan syarikat televisyen swasta, Nordin Abdullah disahkan menghidap barah (kanser) kelenjar tahap empat yang menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.

Pemain dram kumpulan Rush, Neil Peart meninggal dunia
Peart yang didiagnosis menghidap barah otak sejak tiga tahun lalu meninggal dunia pada 7 Januari di Santa Monica, California.