awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok

Bernama
Bernama
17/07/2024
11:08 MYT
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Gambar dari lokasi kejadian menunjukkan cawan teh yang dibubuhi sianida, ketika sidang media polis susulan kes enam warga asing yang ditemui mati dalam bilik hotel mewah di Bangkok, Thailand, 17 Julai 2024. -Reuters
BANGKOK: Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mayat tiga lelaki dan tiga wanita ditemukan pada petang Selasa oleh kakitangan di sebuah suite di Hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok. Pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang tanda-tanda kekerasan dan rompakan.
Polis berkata dalam satu sidang media pada Rabu bahawa mereka percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat adalah dalang di sebalik tragedi itu.
"Kami mengesahkan bahawa seorang daripada enam yang maut menyebabkan kejadian ini dengan menggunakan sianida.
"Kami yakin seorang daripada mereka melakukan jenayah ini," kata Biro Polis Metropolitan Bangkok, Noppasil Poonsawas.
Keluarga mangsa mengesahkan bahawa terdapat pertikaian mengenai wang.
Polis menemui sisa racun dalam cawan yang ditemui di tempat kejadian dan anggota penyiasat juga mendapati pintu bilik dikunci dari dalam.
Kes ini menarik perhatian ramai di tengah-tengah kebimbangan bahawa imej buruk boleh merosakkan sektor pelancongan penting Thailand, yang baharu sahaja pulih selepas pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hotel bangkok
#bunuh diri
#sianida
#pelancong vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan