awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Singapura hilang diselamatkan nelayan

Bernama
Bernama
20/04/2014
07:54 MYT
Wanita Singapura hilang diselamatkan nelayan
Seorang penumpang wanita warga Singapura yang dilaporkan hilang semasa menaiki feri dari Malaysia ke Singapura kini berada di Batam selepas diselamatkan sebuah kapal menangkap ikan.
Dalam satu kenyataan lewat malam Sabtu, Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata mereka menerima pengesahan itu daripada Polis Pengawal Pantai selepas wanita itu diselamatkan.
MPA berkata Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) kini membantu wanita itu pulang ke Singapura.
Wanita itu dilaporkan hilang ketika sebuah feri yang didafar di Singapura 'Sindo Empress' berlabuh di Terminal Feri Tanah Merah.
Feri itu berlepas dari Tanjong Pengelih, Malaysia, pada 7.30 pagi.
MPA telah menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan menyampaikan penghargaan kepada Polis Pengawal Pantai, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Pelabuhan Batam dan Pusat Penyelarasan Menyelamat Tanjung Pinang atas bantuan mereka dalam operasi itu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan