Seorang lelaki warga emas ditahan kerana merogol anak tirinya yang berusia bawah umur lebih 50 kali selama dua tahun, sehingga menyebabkan mangsa hamil.
Detik News melaporkan helah lelaki itu terbongkar selepas didesak ibu kandung mangsa berulang kali selepas curiga melihat perubahan pada fizikal anaknya.
Ketua Polis Banyuwangi, Komisioner Arman Asmara Syarifudin berkata, mangsa kemudiannya mengaku yang dia dijadikan sebagai tempat melampias nafsu serakah bapa tirinya sejak menamatkan sekolah dasar (SD) pada 2017.
Mangsa, katanya turut mendedahkan yang ketika pertama kali menjadi mangsa, suspek mengugutnya supaya tidak menceritakan insiden itu kepada sesiapa.
"Mangsa memaklumkan yang insiden itu selalu berlaku pada awal pagi ketika ibunya sedang tidur," katanya di sini pada Sabtu
Mengulas lanjut Arman menambah, bertindak atas laporan yang dibuat oleh mangsa, polis menahan suspek yang berusia 61 tahun.
"Ketika keterangan direkodkan, suspek mengaku dia tertarik dengan bentuk badan mangsa yang menyebabkan dia melakukan persetubuhan sekurang-kurangnya dua kali seminggu," katanya.
Malah katanya, suspek turut mengaku yang dia mengambil ubat penguat tenaga batin ketika melakukan persetubuhan dengan isterinya dan kemudian bersambung kepada anak tirinya.
Beliau memberitahu, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 81 Ayat (2) atau Ayat (3) UU RI No 17 Tahun 2016, pindaan UU No 23 Tahun 2020 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Astro Awani
Sun Jun 28 2020

Suspek berusia 61 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada anak tirinya. - Gambar Detik News
![[INFOGRAFIK] Kronologi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura [INFOGRAFIK] Kronologi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/28294374291610943225656/1886054_8967789641610943263788_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura
nfografik fakta Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura

Anak gajah ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan berat
Anak gajah itu dianggarkan berusia empat hingga lima tahun.

Siasatan menyeluruh dakwaan kerosakan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari
Kerajaan negeri juga mengarahkan supaya sebarang kerja-kerja di kawasan tersebut dihentikan sementara menunggu hasil siasatan.

Peperiksaan utama: Pelajar perlu anggap ia sebagai permainan, kurang tekanan
Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dinasihatkan untuk menganggap ia sebagai satu permainan.

Banjir Sabah: 9 daerah masih terjejas, 673 mangsa dipindahkan
Sehingga pagi Isnin, seramai 673 mangsa dipindahkan, berbanding 348 yang dilaporkan petang kelmarin.

Tiga rakan dituduh bunuh lelaki
1 Januari lalu, mayat seorang lelaki yang dikehendaki polis dijumpai orang awam di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, dengan kesan tetakan.

Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk disarankan supaya berehat memimpin parti itu dengan rasa hormat.

AWANI Ringkas: Gesaan pembangkang kepada MKN | Amaran MetMalaysia di Sabah dan Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Wanita didakwa pukul kucing bunting dengan besi hingga mati
Dia dituduh dengan kejam memukul seekor kucing betina berwarna jingga dan seekor anak kucing betina berwarna putih-kelabu dengan sebatang besi.

Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

Warga emas durjana rogol anak tiri lebih 50 kali hingga hamil
Seorang lelaki warga emas ditahan kerana merogol anak tirinya yang berusia bawah umur lebih 50 kali selama dua tahun, sehingga menyebabkan mangsa hamil.