awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Malaysia mengaku bersalah rasuah Tentera Laut AS puluhan juta dolar

AFP
AFP
16/01/2015
09:36 MYT
Warga Malaysia mengaku bersalah rasuah Tentera Laut AS puluhan juta dolar
Seorang kontraktor warga Malaysia mengaku bersalah atas dakwaan melakukan penipuan dan rasuah kepada pegawai rasmi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS). -Gambar fail
Seorang kontraktor warga Malaysia mengaku bersalah atas dakwaan melakukan penipuan dan rasuah terhadap pegawai rasmi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).
Leonard Francis, 50, dari syarikat pembekal perkapalan Glenn Defense Marine Asia (GDMA) membuat pengakuan itu di Mahkamah Persekutuan San Diego selepas didapati terlibat dalam dakwaan rasuah membabitkan puluhan juta dolar.
Dikenali sebagai "Fat Leonard" dalam kalangan komuniti kelasi Amerika yang berurusan dengannya, Francis dan pegawai tentera laut AS, Kapten Daniel Dusek mengaku bersalah atas konspirasi rasuah tersebut.
Dusek merupakan pegawai berjawatan paling tinggi dalam sejarah tentera laut AS yang pernah disabitkan atas kesalahan sedemikian.
Empat lagi tertuduh yang turut dibicarakan merupakan bekas pegawai yang masih berkhidmat.
Dusek, 47, mengaku menyalahgunakan kedudukan sebagai pegawai kanan dalam memastikan kapal-kapal berlabuh di pelabuhan tempat syarikat Leonard beroperasi.
Kes tersebut mencetuskan kebimbangan bahawa kemungkinan terdapat lebih ramai lagi pegawai laut AS yang akan diseret dalam perbicaraan.
“Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Leonard berjaya merasuah pegawai tentera laut dengan menawarkan mereka barangan yang tidak bermakna dan kepuasan yang berkepentingan peribadi,” kata pendakwaraya Laura Duffy dalam satu kenyataan.
Leonard didapati bersalah atas dakwaan memberi rasuah, berkonspirasi untuk melakukan rasuah serta berkomplot untuk mencabar kedaulatan AS, kata pihak berkuasa.
Leonard mengaku telah menyeleweng sejumlah AS$35 juta dan akan membayar semula kepada pihak tentera laut AS sebarang jumlah yang ditentukan mahkamah.
Dalam pengakuannya, Leonard berkata dia telah ‘meraih’ puluhan juta dolar dengan mengenakan bayaran terlalu tinggi bagi bahan bakar, perkhidmatan bot tunda dan pelupusan bahan buangan.
Selain itu, syarikat Leonard dikatakan memberi banyak hadiah kepada pegawai tentera laut terlibat antaranya wang tunai melebihi AS$500,000, sogokan pelacur bernilai ratusan ribu, perbelanjaan percutian, penginapan di hotel mewah serta rawatan spa, hidangan mewah termasuk daging Kobe, alkohol, cerut Cuba, beg tangan berjenama, jam tangan, pen, perabot, barangan elektronik, pedang hiasan dan model kapal buatan tangan.
Sebagai pulangan, pegawai tentera laut tersebut membekalkan Leonard dengan maklumat sulit termasuk jadual pelayaran kapal selain mendapat layanan istimewa dalam pemberian kontrak.
Perbicaraan bagi menjatuhkan hukuman ke atas Leonard ditangguhkan ke 3 April.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Leonard Francis
#mahkamah
#Rasuah
#San Diego
#Tentera Laut
#warga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan