awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan

Bernama
Bernama
04/02/2026
15:15 MYT
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Seorang pelajar Kolej Komuniti Selandar maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal hari ini. - Foto Sinar Harian
ALOR GAJAH: Seorang pelajar Kolej Komuniti Selandar maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Seorang pelajar Kolej Komuniti Selandar maut dalam kemalangan melibatkan motosikal, kereta, dan treler di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal.
  • Mangsa berusia 20 tahun mengalami cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas motosikalnya terlibat dalam perlanggaran.
  • Polis Alor Gajah mengesahkan siasatan dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; orang awam diminta untuk memberi maklumat kepada pegawai penyiasat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, mangsa yang berusia 20 tahun mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka.
"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda yang ditunggang pelajar terbabit dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Kolej Komuniti Selandar sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta Honda City yang dipandu seorang wanita berusia 48 tahun.
"Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal berkenaan terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah treler yang dipandu lelaki berusia 49 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pelanggaran berkenaan menyebabkan motosikal pelajar tersebut mengalami kerosakan teruk dan mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Melaka.
Ahmad berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nurul Salina Rosli di talian 011-2543 5507 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar kolej komuniti
#Kolej Komuniti Selandar
#kemalangan tiga kenderaan
#Polis Daerah Alor Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami