awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Malaysia terbunuh dalam serangan di Kabul

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
19/01/2014
10:05 MYT
Warga Malaysia terbunuh dalam serangan di Kabul
Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban di sebuah restoran popular di Kabul, Afghanistan dalam satu serangan berani mati oleh militan.
Gnanathurai Nagarajah, seorang penasihat Dasar Belanjawan dan Pembaharuan di dalam syarikat Adam Smith International, dikatakan terbunuh semasa pihak militant melepaskan tembakan terhadap pengunjung yang sedang makan pada jarak dekat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut, Gnanathurai adalah antara 21 orang yang terkorban didalam kejadian itu.
Turut terkorban adalah seorang lagi penasihat pengurusan Bantuan Syarikat itu, Dharmender Phangurha Singh, yang tidak dinyatakan kewarganegaraannya.
Gnanathurai, yang menerima ijazah doktor falsafah dalam bidang ekonomi untuk kajian beliau tentang keupayaan kerajaan untuk mengekang perbelanjaan dalam jangka masa sederhana dan panjang.
Sementara itu, menurut laporan mStar online, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Afghanistan mengenai perkara ini.
“Orang yang akan berurusan mengenai perkara ini adalah Pesuruhjaya Tinggi kami ke United Kingdom," kata Hamzah kepada mStar online.
Hamzah berkata Wisma Putra akan memberikan maklumat lanjut mengenai kes itu apabila mempunyai maklumat lanjut.
Agensi berita AFP melaporkan bahawa dalam kejadian itu, salah seorang penyerang dilaporkan telah meletupkan ves untuk membunuh diri di pintu masuk restoran Taverna du Liban dan dua militan lain menyerbu ke dalam dan melepaskan tembakan.
Topic Berkaitan
#Datuk Hamzah Zainuddin
#kabut
#militan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan