awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gelombang sejuk ringan melanda sebahagian Bangladesh
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Nepal lebih memerlukan ubat-ubatan berbanding makanan

Sathesh Raj
Sathesh Raj
10/05/2015
03:11 MYT
Warga Nepal lebih memerlukan ubat-ubatan berbanding makanan
Mangsa gempa bumi di Nepal amat memerlukan ubatan-ubatan dan tempat tinggal berbanding dengan makanan dan keperluan lain.
Warga Nepal yang menjadi mangsa gempa bumi amat memerlukan ubatan-ubatan dan tempat tinggal berbanding dengan makanan dan keperluan lain.
Agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) disaran untuk menyalurkan bantuan dari aspek ini kepada mangsa-mangsa gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda Nepal bulan lalu.
"Sebenarnya makanan bukan masalah utama di sini dan bukan bantuan utama yang mereka perlukan. Bantuan utama yang diperlukan ialah tempat tinggal dan perubatan.
"Tempat tinggal mereka musnah, jadi mereka perlu ke rumah ahli keluarga mereka yang berada di Kathmandu. Bangunan dan infrastruktur seperti telekomunikasi di sini pun semuanya musnah dan runtuh," kata wartawan Astro AWANI Mariah Ahmad yang berada di Nepal bersama Global Expedition Club dalam satu misi bantuan.
FOTO: Malapetaka gempa bumi Nepal
Perkembangan pasca gempa Nepal
BACA: Misi bantuan perubatan Malaysia berlepas ke Nepal
BACA: Misi Bantuan Perubatan GEC selamat, kini ke perkampungan Kartika Setakat ini, lebih 600 gegaran dicatatkan dengan 128 daripadanya mempunyai kekuatan 4 pada skala Richter sejak gempa bumi kuat pada 25 April lepas yang mengorbankan lebih 7,000 nyawa.
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) telah menyeru masyarakat antarabangsa supaya menyelaraskan usaha bagi membantu mangsa gempa bumi di Nepal.
Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Valerie Amos, dan Pesuruhjaya EU bagi Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Krisis, Christos Stylianides, merayu masyarakat antarabangsa supaya terus memberi bantuan kepada berjuta-juta penduduk negara ini yang amat terjejas akibat gempa bumi bulan lepas.
Topic Berkaitan
#Chanaute
#gempa bumi
#Global Expedition Club
#Kartika
#Kathmandu
#Nepal
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan