Seorang warga Singapura mengaku bersalah atas dakwaan terlibat secara langsung dalam aktiviti mengeksport secara haram, melalui Iran, barangan yang digunakan untuk membuat bahan letupan.

Perkara tersebut didedahkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Reuters melaporkan, Lim Yong Nam, yang juga dikenali sebagai Steven Lim, 42, telah diekstradisi dari Indonesia awal tahun ini.

Dia dijadualkan untuk dijatuhkan hukuman pada 9 Mac di Washington, dan pihak berkaitan bersetuju bahawa dia akan dipenjarakan selama antara 46 hingga 57 bulan dan didenda AS$100,000 (RM446,000), kata jabatan itu.