WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken menyifatkan wartawan Amerika Syarikat (AS) Evan Gershkovich telah ditahan "secara salah" di Rusia, kata jurucakap Jabatan Negara AS Vedant Patel dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kewartawanan bukan jenayah. Kami mengecam penindasan berterusan Kremlin terhadap kebebasan bersuara di Rusia serta perang berterusannya terhadap kebenaran," kata Patel.
Gershkovich yang bekerja untuk Wall Street Journal, ditahan kerana didakwa mengintip. Dia ditahan pada Mac oleh perkhidmatan perisikan FSB Rusia di Yekaterinburg.
Berikutan itu, kes Gershkovich dirujuk ke pejabat Duta Khas untuk Hal Ehwal Tebusan.
Blinken sebelum ini berkata "tidak syak lagi bahawa (Gershkovich) ditahan secara salah oleh Rusia".
Semasa ditahan, Gershkovich sedang menulis laporan tentang sikap penduduk terhadap percubaan merekrut anggota tentera swasta Wagner, menurut laporan media.
Sejak Rusia menyerang Ukraine 13 bulan lalu, Moscow telah menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar dengan ketara di negara itu.
Gershkovich akan ditahan sehingga 29 Mei dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Kes itu menambah lagi ketegangan dalam hubungan antara Moscow dan Washington.
Washington juga sedang berusaha untuk membebaskan Paul Whelan, seorang lagi warga AS yang dipenjarakan di Rusia pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Gershkovich yang bekerja untuk Wall Street Journal, ditahan kerana didakwa mengintip. - AP
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
OpenAI, News Corp tangani persetujuan guna kandungan berita untuk latih AI
Persetujuan antara kedua-dua syarikat itu dianggarkan bernilai AS$250 juta untuk tempoh lima tahun dalam bentuk wang dan kredit menggunakan teknologi OpenAI.
Apple saman bekas kakitangan tiris maklumat kepada wartawan
Aktiviti beliau mula disedari pada Julai 2023 dan beliau diarahkan bertemu dengan pihak pengurusan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Moscow lanjutkan tempoh penahanan pemberita WSJ Gershkovich selama 3 bulan
Mahkamah daerah Lefortovo Moscow memutuskan untuk melanjutkan tahanan pra-perbicaraan selama tiga bulan lagi terhadap seorang wartawan Wall Street Journal Evan Gershkovich.
Amazon sahkan pemberhentian 10,000 kakitangan
Amazon ialah syarikat terbaharu yang menyertai barisan syarikat teknologi yang mengumumkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran beberapa minggu kebelakangan ini.
Kerajaan AS jual apartmen mewah Riza Aziz pada nilai AS$16.8 juta - NYT
Kediaman itu dipercayai merupakan antara penjualan semula hartanah kediaman yang paling mahal pernah direkodkan.
COVID-19: Kakitangan makmal Wuhan terima rawatan sebelum wabak bermula - Laporan
Pendedahan itu sekaligus meningkat permintaan siasatan yang lebih luas mengenai sama ada virus COVID-19 akibat daripada kebocoran di WIV.
Keluarga nahas pesawat Sriwijaya Air diberi taklimat sebelum laporan awal diumum
Bulan lepas, pesawat Boeing Co 737-500 berusia 26 tahun itu terhempas ke dalam Laut Jawa, menjadikan insiden itu kemalangan kapal terbang ketiga terburuk di Indonesia.
Lelaki penggal kepala Daniel Pearl dibebaskan Mahkamah Pakistan
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menyifatkan keputusan itu sebagai penghinaan kepada semua mangsa keganasan.