awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
20/01/2025
13:02 MYT
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Trump sebagai Presiden Terpilih AS, akan kembali ke White House meletakkan legasinya dalam pentadbiran negara Uncle Sam itu untuk kali kedua. - Gambar Reuters
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Berbeza seperti tradisi sebelumnya, majlis angkat sumpah ini turut memperluaskan jemputannya kepada pemimpin-pemimpin negara asing, sekutu serta seteru politik beliau di Amerika Syarikat.
Majlis penuh tradisi itu turut akan dihadiri pelbagai individu terkemuka serta orang ramai dari segenap lapisan masyarakat.
Dalam acara itu, Trump sebagai Presiden Terpilih AS, akan kembali ke White House meletakkan legasinya dalam pentadbiran negara Uncle Sam itu untuk kali kedua.
Selain Trump, turut menyertai beliau dalam majlis angkat sumpah itu adalah Naib Presidennya JD Vance.
Menurut laporan Reuters, sekitar 500,000 tetamu dijemput menyertai hari bersejarah negara paling berkuasa di dunia itu.
Antara individu yang bakal hadir termasuk penyokong kuat Donald Trump yang juga pengasas Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX, Elon Musk.
Nama-nama ketua negara yang bakal hadir termasuk Presiden Argentina, Javier Milei, Presiden Ecuador, Daniel Noboa, Presiden El Salvador Nayib Bukele dan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.
Presiden terdahulu, Joe Biden turut dijangka hadir.
Majlis angkat sumpah itu akan berlangsung di dua lokasi ikonik pentadbiran Amerika Syarikat iaitu di Capitol dan White House.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Presiden ke-47
#White House
#SpaceX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan