Akses ke media sosial disekat secara separa buat sementara di Jakarta, Indonesia bagi mengelak berita palsu disebar pasca rusuhan yang tercetus di ibu kota tersebut.
Perkara tersebut disahkan Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan, Wiranto menerusi sidang media di Jakarta pada Rabu.
“Kami akan membataskan akses ke media sosial. Beberapa fungsi tertentu dinyahaktifkan supaya hal-hal negatif tidak terus disebarkan ke masyarakat,” kata Wiranto, menurut siaran oleh media tempatan, CNN Indonesia.
Antara platform media sosial yang disekat termasuk WhatsApp, Instagram dan Facebook.
Sekatan itu disedari ramai pengguna media sosial bermula pada hari ini (Rabu) sekitar jam 10 pagi waktu tempatan, dan terus berlangsung selama beberapa jam. Sehingga jam 3 petang, beberapa jaringan komunikasi media sosial baru saja kembali seperti sedia kala.
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia turut menyarankan agar rakyat Malaysia yang berada di negara tersebut untuk mengikuti berita sahih menerusi laporan media tempatan.
BACA: Susulan rusuhan, rakyat Malaysia di Jakarta dinasihat elak kawasan ini
Polis Indonesia telah mengesahkan bahawa enam nyawa diragut akibat rusuhan di tengah Jakarta susulan pengumuman kemenangan Jokowi dalam pilihan raya Presiden (PilPres) republik itu.
Lebih 50,000 anggota polis dan tentera dikerahkan ke kawasan terjejas bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman awam.
Nailah Huda
Wed May 22 2019

Sekatan tersebut dilaksanakan bagi mengelak berita palsu tersebar secara berleluasa. - Gambar hiasan.

Bantu pelajar B40, Inisiatif CERDIK dilancar Februari ini
Inisiatif CERDIK yang menyediakan akses digital iaitu komputer riba, tablet, dan penyambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau B40 akan mula dilancarkan Februari ini.

Anwar akan failkan afidavit bantah keputusan gantung Parlimen
Menurutnya, ada hujah dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Parlimen tetap bersidang walaupun dalam tempoh darurat.

SOP sijil halal luar negara: Kerajaan dapatkan pandangan pihak berkepentingan
Kerajaan akan mendapatkan ulasan dan pandangan pihak berkepentingan termasuk pemain industri dan kedutaan asing untuk menambah baik prosedur pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara.

NUTP mahu jadual keberadaan pelajar dalam kelas, PdPR diselaras
Pelaksanaan itu penting bagi mengelak guru dan pelajar hilang fokus dan tenaga akibat sesi yang terlalu lama selain menjamin kualiti PdP.

Jamali Shadat semakin pulih, sudah ada selera makan
Jamali juga seolah-olah seperti hilang semangat dan lebih banyak termenung seorang diri.

"Saya kini 'free agent', sedia untuk terima tawaran" - Khabib mahu ceburi bola sepak pula?
Khabib memuat naik posting di Instagram mengatakan dia kini seorang free agent dan bersedia untuk menerima tawaran bermain bola sepak.

Ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa ugut belah kepala, cederakan isteri
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata dan bibir selepas ditampar serta dihentak ke dinding oleh tertuduh.

Provokasi terhadap polis, 4 lelaki diperintah lakukan kerja amal selama dua bulan
Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis.

Kes rasuah RM2 juta: Rayuan Ku Nan terhadap sabitan dan hukuman didengar 22 April
Pada 21 Disember lepas, Tengku Adnan, 70, memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

Sentiasa waspada, tingkatkan keselamatan dalam talian anda - CFM
Pengguna harus bersikap proaktif dalam melindungi keselamatan dalam talian mereka.

COVID-19: Tiga kemungkinan mereka yang disuntik masih dijangkiti - Pakar
Paling utama, kata Prof Emeritus Dr PT Thomas, ada kemungkinan vaksin yang disuntik kepada penerima itu adalah tidak efektif.

18 PATI ditahan cuba masuk Malaysia
Cubaan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 13 wanita dari Indonesia untuk memasuki negara secara haram gagal selepas ditahan dalam Op Benteng hari ini.

Pang Ron - Yee See cipta kejutan di Terbuka Thailand
Pang Ron-Yee See akan bertemu pasangan nombor enam dunia Seo Seung Jae-Chae Yujung dari Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir hari ini.

Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Talaud, Indonesia
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar Kepulauan Talaud, Indonesia pada 8.23 malam waktu Malaysia, hari ini.

Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik tewaskan juara remaja dunia Indonesia
Aaron dan Wooi Yik menepati ramalan apabila memperoleh kemenangan mudah 21-12 dalam set pertama.

Warga Indonesia dituduh bunuh cucu saudara OKU
Ipzuma Ambo, 55 tahun, yang bekerja sebagai pembantu rumah, dituduh dengan niat membunuh Qaseh Nur Qalesya Roza Iskandar.

COVID-19: Kes positif lebih 96.6 juta di seluruh dunia
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.3 juta kes.

Lebih 12,000 kes baharu, COVID-19 kini menular di 99 peratus wilayah Indonesia
Kes COVID-19 di Indonesia sudah etrcatat di semua provinsi di Indonesia, dari Aceh hingga Papua.