GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin berkata badan itu akan memperluas sistem pensijilan digital COVID-19 Kesatuan Eropah (EU) untuk digunakan di seluruh dunia bagi memudahkan mobiliti merentasi pelbagai ancaman kesihatan dan wabak yang berterusan, lapor UPI.
WHO berkata model Eropah akan menjadi blok binaan pertama dalam mewujudkan Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global WHO.
Perkongsian itu akan merangkumi kerjasama rapat dengan EU dalam pembangunan, pengurusan dan pelaksanaan sistem WHO yang akan membawa kepada pembangunan rangkaian alat digital yang lebih luas yang akan membantu menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia.
Untuk mambangunkan rangkaian pensijilan digital EU yang sangat berjaya, WHO mensasar untuk menawarkan semua negara anggota WHO akses kepada alat kesihatan digital sumber terbuka, yang berdasarkan prinsip ekuiti, inovasi, ketelusan serta perlindungan dan privasi data, menurut Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketua pengarah WHO dalam satu kenyataan.
Produk kesihatan digital baharu dalam pembangunan bertujuan membantu orang ramai di mana sahaja untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan cepat dan lebih berkesan.
Badan itu berkata langkah itu berdasarkan inisiatif yang mereka lakukan pada November lalu untuk memanfaatkan apa yang mereka pelajari semasa pandemik COVID-19 dalam meningkatkan kerjasama strategik dalam isu kesihatan global.
Perkongsian ini merupakan langkah penting untuk pelan tindakan digital Strategi Kesihatan Global EU, kata Stella Kyriakides, pesuruhjaya EU untuk Kesihatan dan Keselamatan Makanan, dalam satu kenyataan.
"Dengan menggunakan amalan terbaik Eropah, kami menyumbang kepada piawaian kesihatan digital dan kebolehoperasian secara global untuk manfaat mereka yang paling memerlukan."
Ia juga merupakan contoh yang berkesan tentang bagaimana penjajaran antara EU dan WHO boleh memberikan khidmat kesihatan yang lebih baik untuk semua di seluruh dunia.
Sebagai pihak berkuasa yang mengarah dan menyelaras kerja kesihatan antarabangsa, tidak ada rakan kongsi yang lebih baik daripada WHO untuk memajukan kerja yang kami mulakan di EU dan terus membangunkan penyelesaian kesihatan digital global, katanya.
Bulan lepas, WHO mengisytiharkan penamatan kecemasan kesihatan awam COVID-19 global tetapi memberi amaran kepada negara-negara bahawa penyakit itu kekal sebagai ancaman kesihatan global.
Ghebreyesus berkata gesaan itu dibuat atas nasihat Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

WHO berkata model Eropah akan menjadi blok binaan pertama dalam mewujudkan Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global WHO. - Gambar fail/REUTERS

Kes mahkamah Donald Trump bermula, berpotensi ancam empayar perniagaan
Trump sifatkan pendakwaan ke atasnya kerana mahu gagalkan usahanya merebut jawatan Presiden AS pada 2024.

JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan
Peruntukan GPPK berjumlah RM20 juta daripada Belanjawan 2023 bertujuan membantu persatuan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti.

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

WHO akan peluas sistem pensijilan digital COVID-19 Kesatuan Eropah
WHO berkata model Eropah akan menjadi blok binaan pertama dalam mewujudkan Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global WHO.