awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO lancar inisiatif global perkongsian data dan rawatan COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2020
22:19 MYT
WHO lancar inisiatif global perkongsian data dan rawatan COVID-19
Usaha kolektif itu menawarkan platform untuk berkongsi secara terbuka dan sukarela dalam data serta harta intelektual yang akan dihasilkan seluruh dunia untuk kebaikan global. -Gambar fail
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain yang diketuai Costa Rica pada Jumaat melancarkan inisiatif global yang membolehkan perkongsian data dan pengetahuan saintifik dalam memerangi COVID-19.
Presiden Costa Rica, Carlos Alvarado menggariskan 'repositori teknologi' di seluruh dunia untuk vaksin, ubat-ubatan dan diagnostik dalam usaha meningkatkan solidariti dan menggesa lebih banyak negara bergabung dalam Perkhidmatan Akses Teknologi COVID-19.
Usaha kolektif itu menawarkan platform untuk berkongsi secara terbuka dan sukarela dalam data serta harta intelektual yang akan dihasilkan seluruh dunia untuk kebaikan global.
Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Grebeyesus berkata peralatan, ujian dan rawatan COVID-19 perlu diberikan akses kepada semua orang di seluruh dunia.
"Melalui C-Tap. Kami menjemput syarikat atau kerajaan yang membangunkan rawatan yang berkesan untuk memberikan sumbangan paten kepada kepada kumpulan paten ubat-ubatan yang kemudian akan memberikan sub-lesen paten itu kepada pengeluar generik.
"C-Tap bersifat sukarela dan berdasarkan kejayaan kumpulan paten ubatan dalam memperluaskan akses rawatan untuk HIV dan Hepatitis C.
"WHO menyedari peranan penting yang dimainkan oleh paten dalam mendorong inovasi, tetapi ini adalah masa di mana manusia perlu diutamakan.
"Alat untuk mencegah, mengesan dan merawat COVID-19 adalah untuk kebaikan awam global yang perlu diakses oleh semua orang," kata Dr Tedros.
Setakat ini, sebanyak 35 negara telah menandatangani inisiatif tersebut.
Topic Berkaitan
#Carlos Alvarado
#Costa Rica
#COVID-19
#koronavirus
#Perkhidmatan Akses Teknologi
#Tedros Adhanom Grebeyesus
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan