awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra kutuk tindakan keji kumpulan anti-Islam bakar al-Quran di Denmark

Fareez Azman
Fareez Azman
01/04/2023
10:13 MYT
Wisma Putra kutuk tindakan keji kumpulan anti-Islam bakar al-Quran di Denmark
Kenyataan daripada Wisma Putra menegaskan, jenayah penuh kebencian terhadap kitab suci Islam yang dilakukan pada bulan Ramadan adalah satu tindakan yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji berulang yang menyaksikan kitab suci al-Quran dibakar di Denmark pada 24 dan 31 Mac lalu.
Kenyataan tegas itu dikeluarkan Wisma Putra melalui ciapan menerusi Twitternya pada Sabtu.
"Jenayah penuh kebencian terhadap kitab suci Islam yang dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini adalah satu tindakan yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.
"Kami menyeru Kerajaan Denmark untuk tidak mengklasifikasikan jenayah kejam ini sebagai kebebasan bersuara, dan mengambil tindakan segera terhadap pelaku kerana menyebarkan kebencian dan hasutan kepada keganasan," jelas Wisma Putra.
Terdahulu, kumpulan ekstremis anti-Islam berhaluan kanan Denmark Patrioterne Gar Live bertindak membakar kitab suci al-Quran termasuk mempamerkan sepanduk anti-Islam di hadapan bangunan Kedutaan Turkiye di Copenhagen, Denmark.
Tindakan itu bagaimanapun telah membawa kepada reaksi segera Kementerian Luar Turkiye yang mengecam tindakan terbabit disifatkan sebagai 'serangan keji' yang mencemarkan kitab suci al-Quran dan bendera Turkiye di Denmark.
Sebagai tindak balas, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, Ankara tidak akan menyokong bidaan Stockholm untuk menjadi ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#bakar al-Quran
#Denmark
#ekstremis
#anti-Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan