awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan imigresen, isteri antara ditahan terima rasuah setiap bulan lindungi PATI

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2026
05:45 MYT
Pegawai kanan imigresen, isteri antara ditahan terima rasuah setiap bulan lindungi PATI
Majistret Mahkamah Ayer Keroh mengeluarkan perintah tahanan reman sehingga 11 Januari atas permohonan SPRM. - Gambar/ Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka bersama isterinya serta dua pegawai penguat kuasa direman enam hari selepas disyaki menerima suapan secara bulanan daripada majikan yang menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ringkasan AI
  • Pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka dan dua pegawai penguat kuasa direman enam hari kerana disyaki menerima suapan bulanan daripada majikan PATI.
  • Majistret Mahkamah Ayer Keroh mengeluarkan perintah tahanan reman sehingga 11 Januari atas permohonan SPRM, suspek berusia antara 30 hingga 50 tahun.
  • Wang suapan sebanyak RM20,000 setiap bulan diterima oleh dua pegawai, termasuk isteri pegawai kanan, daripada majikan PATI di Melaka untuk melindungi premis yang melibatkan PATI.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perintah tahanan reman sehingga 11 Januari ini terhadap semua suspek berusia antara 30 hingga 50 tahun dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Sharda Shienha Mohd Suleiman, selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, dua daripada tiga pegawai penguat kuasa terbabit dipercayai menerima wang suapan bernilai RM20,000 setiap bulan daripada beberapa majikan di sekitar Melaka sebagai balasan melindungi premis yang menggaji PATI.
"Kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak tahun 2021 dengan bayaran diterima secara berterusan bagi memastikan majikan terlibat terlepas daripada pemeriksaan dan tindakan undang-undang.
"Wanita berusia 37 tahun yang juga isteri pegawai kanan terbabit pula dipercayai bersubahat dengan membantu mengurus serta menerima wang suapan daripada majikan-majikan terlibat.
"Pembayaran wang suapan itu dipercayai dibuat secara tunai melalui serahan tangan selain transaksi ke dalam akaun bank bagi mengaburi kegiatan tersebut," katanya di sini, hari ini.
Katanya, seorang lagi pegawai penguat kuasa turut disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai sekitar RM1,950 daripada seorang pengurus sebuah restoran di Melaka sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan sama.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes tersebut merupakan hasil risikan serta operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapakah pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka bersama isterinya serta dua pegawai penguat kuasa direman selama enam hari? A: Mereka disyaki menerima suapan bulanan daripada majikan yang menggaji pendatang asing tanpa izin.
  • Q: Berapakah nilai wang suapan bulanan yang dipercayai diterima oleh dua pegawai penguat kuasa terbabit? A: Mereka dipercayai menerima suapan bernilai RM20,000 setiap bulan daripada majikan yang menggaji PATI.
  • Q: Bagaimanakah kegiatan suapan tersebut dilakukan oleh pegawai dan isteri pegawai tersebut? A: Wang suapan dipercayai diterima secara berterusan bagi memastikan majikan terlibat terlepas daripada pemeriksaan dan tindakan undang-undang.
  • Q: Apakah peranan isteri pegawai kanan yang terlibat dalam skandal suapan ini? A: Isteri pegawai kanan terbabit dipercayai bersubahat dengan membantu mengurus serta menerima wang suapan daripada majikan-majikan terlibat.
  • Q: Siapakah yang memaklumkan mengenai tangkapan pegawai JIM Melaka ini dan bagaimanakah kes ini disiasat? A: Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie, mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan kes ini merupakan hasil risikan serta operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#kes rasuah
#pegawai kanan Imigresen
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan