awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

X fokus kepada 'X TV', 'X Money' tahun ini

Amanz
Amanz
01/01/2025
06:30 MYT
X fokus kepada 'X TV', 'X Money' tahun ini
X TV dilihat akan memfokuskan kepada kandungan berbentuk video, dan memudahkan ia ditonton melalui kaca televisyen. -Amanz
X, PLATFORM sosial yang dulunya dikenali dengan nama Twitter, kini dilihat memfokuskan kepada sejumlah penambahan ciri-ciri dalam memastikan platform sosial tersebut turut menjadi sebuah “aplikasi super” seumpama penawaran WeChat di China.

Ringkasan AI
  • X TV: Fokus pada kandungan video dan kemudahan tontonan melalui televisyen. Dijangka dilancarkan secara rasmi pada 2025 dengan kandungan eksklusif.
  • X Money: Kaedah pembayaran dan penerimaan wang melalui platform X, mirip dengan PayPal, mungkin bermula di Amerika Syarikat.
  • Integrasi Grok: X akan terus memperkenalkan ciri-ciri baharu melalui Grok sepanjang tahun 2025.

Selari dengannya, bersempena tahun baharu 2025, CEO Twitter berkongsi beberapa perancangan untuk tahun 2025 ini.
Antaranya adalah X TV dan juga X Money.
In 2024, X changed the world. Now, YOU are the media! 2025 X will connect you in ways never thought possible. X TV, X Money, Grok and more. Buckle up. Happy New Year!
— Linda Yaccarino (@lindayaX) December 31, 2024
X TV dilihat akan memfokuskan kepada kandungan berbentuk video, dan memudahkan ia ditonton melalui kaca televisyen.
Aplikasi X TV sedia ditawarkan dalam bentuk beta, dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi dengan lebih meluas pada 2025 ini – termasuk dari segi kandungan eksklusif melaluinya.
Di samping itu, X Money pula dilihat sebagai kaedah penggunaan X dalam melakukan pembayaran dan menerima wang.
Elon Musk sendiri merupakan sebahagian pasukan PayPal, dan mungkin implementasi X Money adalah lebih kurang sama seperti penawaran PayPal – dan mungkin tertakluk ke pasaran Amerika Syarikat sahaja buat peringkat permulaan.
Selain kedua-dua ciri ini, X turut dijangka akan meneruskan integrasi dan pengenalan ciri baharu melalui Grok.
Seperti biasa, ini perkongsian awal CEO X, dan mungkin kita akan mendengar lanjut lebih terperinci bergerak ke hadapan pada tahun 2025 ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Twitter
#X TV
#X Money
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan