awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xavier Justo dihadapkan ke mahkamah 17 Ogos

Bernama
Bernama
11/08/2015
08:40 MYT
Xavier Justo dihadapkan ke mahkamah 17 Ogos
Justo (duduk) ditangkap di Koh Samui pada 22 Jun. - Gambar fail
Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang dituduh memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, dijangka hadir di mahkamah untuk pendengaran kesnya pada 17 Ogos.
Justo akan hadir di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok pada tarikh itu, kata seorang pegawai mahkamah.
Di bawah Kanun Keseksaan Thailand, kesalahan melakukan peras ugut boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun serta denda antara 2,000 baht (RM225) hingga 20,000 baht (RM2,250).
Menurut pegawai itu, pihak pendakwa telah memfailkan kes berkenaan semalam. Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun.
Polis Thailand selesai menyiasat kes itu minggu lepas.
Kes Justo menarik minat mendalam di Malaysia berikutan kewujudan projek usaha sama antara PetroSaudi International dan 1Malaysia Development Berhad.
Topic Berkaitan
#1MDB
#PetroSaudi
#Thailand
#Xavier Andre Justo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan