awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yoshihide Suga sah ganti Abe Shinzo sebagai Perdana Menteri Jepun baharu

Agensi
Agensi
16/09/2020
06:00 MYT
Yoshihide Suga sah ganti Abe Shinzo sebagai Perdana Menteri Jepun baharu
Suga, 71, menyandang jawatan berkenaan selepas memenangi majoriti undi daripada badan legislatif Diet di Parlimen Jepun.
Ketua Parti Liberal Demokratik (LDP) Yoshihide Suga sah dipilih sebagai Perdana Menteri Jepun yang baharu, menggantikan Abe Shinzo, pada Rabu.
Agensi CNN melaporkan Suga, 71, menyandang jawatan berkenaan selepas memenangi majoriti undi daripada badan perundangan negara, Diet, di Parlimen, iaitu 315 daripada 465 undi di Dewan Rakyat, dan 142 daripada 240 undi di Dewan Negara.
Pemimpin LDP itu menggantikan Abe, yang sebelum ini mengumumkan perletakan jawatan susulan masalah kesihatan berkaitan dengan colitis – iaitu sejenis penyakit radang usus.
Perdana Menteri Jepun baharu itu akan mengumumkan barisan Kabinetnya sendiri, yang berkemungkinan besar terdiri daripada menteri yang telahpun dilantik oleh Abe, sebelum mengangkat sumpah secara rasmi di hadapan Maharaja Naruhito di Istana Imperial, Tokyo, hari ini.
Pelantikan Suga bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan beliau dilihat sebagai orang kanan Abe selama lapan tahun, dan memegang jawatan kanan seperti Ketua Setiausaha Kabinet, iaitu jawatan yang menggabungkan peranan Ketua Staf dan Setiausaha Akhbar.
Suga juga dilihat sebagai seorang operator politik yang mampu melaksanakan sesuatu tugasan dengan efektif, termasuk bekerja rapat dengan Abe untuk merealisasikan Abenomics, iaitu beberapa siri polisi untuk mengukuhkan kembali ekonomi Jepun.
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Dewan Rakyat
#diet
#ekonomi
#Jepun
#kabinet
#kesihatan
#menteri
#Perdana Menteri
#politik
#rakyat
#Shinzo Abe
#Tokyo
#Yoshihide Suga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan