SINGAPURA:Youtuber kontroversi dari Singapura, Amos Yee, yang kini berlindung dalam suaka di Amerika Syarikat (AS) sejak 3 tahun lalu, didakwa terlibat dalam pemilikan bahan pornografi membabitkan individu bawah umur, lapor akhbar Chicago Sun-Times.
Amos yang pernah dihukum penjara di Singapura pada tahun 2015 dan 2016 atas kesalahan mengeluarkan kata-kata menghina penganut Kristian dan Islam, dilaporkan membuat pertukaran gambar-gambar bogel dan ‘ribuan mesej’ dengan seorang remaja perempuan 14 tahun dari Texas.
Semua itu dilakukan ketika Amos tinggal dalam suaka di Chicago, lapor akhbar itu pada 16 Oktober.
Jika didapati bersalah, status suaka Amos boleh ditarik balik dan dihantar pulang ke negara asal.
Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, Amos, 20, muncul di Mahkamah Jenayah Leighton Yee, 20, untuk sesi perbicaraan mengenai bon dan telah dikenakan ikat jamin pada AS$1 juta (RM4.15 juta) serta dilarang menggunakan Internet sementara menantikan perbicaraan.
Akhbar Chicago Sun-Times yang memetik kata pendakwa raya Cook County, melaporkan bahawa rantaian mesej Amos tkepada remaja itu antara April dan Julai tahun lalu termasuk juga gambar bogel yang dimintanya dari remaja itu. Amos juga menghantar gambar bogelnya sendiri kepada perempuan itu.
Remaja itu beberapa kali memberitahu Amos tentang usianya dalam mesej itu, namun Amos telah mengarahkannya supaya memadam maklumat usia dalam profil WhatsApp yang digunakan mereka untuk berkomunikasi.
Begitupun, selepas hubungan mereka semakin renggang, remaja perempuan itu telah membuat aduan kepada satu pihak yang ‘berminat membongkar kisah pedofilia’, seterusnya membawa kepada laporan rasmi kepada pihak berkuasa.
BACA: Ibu bapa enggan bayar ikat jamin, Amos Yee ditahan reman satu malam (Laporan tahun 2015)
Agensi
Sat Oct 17 2020

Jika didapati bersalah, status suaka Amos boleh ditarik balik dan dihantar pulang ke negara asal. - Reuters

Dua warga Bangladesh positif COVID-19 cuba keluar negara melalui KLIA
Dua warga Bangladesh yang positif COVID-19 dikesan cuba meninggalkan negara ini dengan menaiki penerbangan ke Dhaka semalam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beberapa hospital swasta nyata komitmen rawat pesakit COVID-19
Kerajaan telah memperoleh komitmen daripada beberapa buah hospital swasta untuk menerima rujukan dan merawat pesakit COVID-19 bergantung kepada kapasiti dan kepakaran yang sedia ada.

Banjir Sabah: Kota Belud catat jumlah mangsa tertinggi
Jumlah mangsa banjir di Sabah menunjukkan peningkatan seramai 836 orang melibatkan 237 keluarga setakat jam 8 malam Isnin.

AWANI Ringkas: Kartel daging: SPRM tahan pengarah syarikat | Perhimpunan Agung UMNO tangguh

Mahkamah tidak ada bidang kuasa dengar permohonan cabar proklamasi darurat - Peguam kanan
Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan bagi mencabar proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, kata peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Melaka tubuh enam CAC di klinik kesihatan
Kerajaan Melaka menubuhkan enam Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di klinik kesihatan seluruh negeri bagi membantu pesakit mendapatkan nasihat dan penilaian awal sebelum dimasukkan ke hospital.

Pengorekan pasir sungai atasi masalah banjir di Kota Belud - Hajiji
Kerajaan Sabah akan melakukan projek mendalamkan sungai di Kota Belud bagi mengatasi masalah banjir di daerah tersebut.

Lima individu ditahan bersama hampir 29 kilogram syabu
Lima individu ditahan bersama Dadah jenis Syabu oleh sepasukan polis dari bahagaian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

AWANI Ringkas: COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 kematian | Khairuddin saman Muhyiddin, Kerajaan Malaysia

Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Rusuhan di Capitol dikhuatiri akan berulang minggu ini, dengan beberapa protes kecil telah dimulakan dalam kalangan penyokong Trump.

Youtuber kontroversi Singapura, Amos Yee, didakwa miliki pornografi perempuan bawah umur
Remaja itu beberapa kali memberitahu Amos tentang usianya, namun Amos telah mengarahkannya supaya memadam maklumat usia dalam profil WhatsAppnya.

Ibu bapa enggan bayar ikat jamin, Amos Yee ditahan reman satu malam
YouTuber terkenal Singapura Amos Yee ditahan reman satu malam, selepas ibu bapanya enggan membayar ikat jamin untuk beliau.