awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa enggan bayar ikat jamin, Amos Yee ditahan reman satu malam

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2015
05:08 MYT
Ibu bapa enggan bayar ikat jamin, Amos Yee ditahan reman satu malam
Amos Yee cetuskan kontroversi dengan video mengenai Lee Kuan Yee. -Gambar: YouTube
YouTuber terkenal Singapura Amos Yee ditahan reman satu malam, selepas ibu bapanya enggan membayar ikat jamin untuk beliau.
Portal berita MediaCorp melaporkan remaja itu sebelum ini dibenarkan ikat jamin $20,000 (RM53,971.25). Mahkamah juga mengarahkan agar ikat jamin polis itu ditukar kepada ikat jamin mahkamah.
Amos, 16, didakwa pada 31 Mac selepas memuat naik video yang mempunyai kata-kata yang menghina agama Kristian dan juga bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew.
Video berkenaan disifatkan sebagai tidak sensitif kerana ia dimuatnaik ketika rakyat negara itu berkabung setelah Lee Kuan Yew meninggal pada 23 Mac.
Lapor Channel News Asia, pada 14 April Amos memuat naik kandungan di blog beliau dan juga dua mesej di Facebook yang meminta sumbangan orang ramai. Beliau memerlukan $30,000 (RM80,956.88) untuk duit yuran guaman.
Dengan berbuat demikian, beliau melanggar syarat ikat jamin yang tidak membenarkan beliau untuk menyiar sebarang kandungan dalam talian.
Pihak mahkamah turut mengarahkan pelajar itu untuk memadam kandungan blog yang mempunyai imej Lee Kuan Yew dan Margaret Thatcher yang disifatkan sebagai lucah serta video mengenai Lee Kuan Yew.
Pada tahun 2012, beliau pernah mencetuskan kontroversi menerusi video “Chinese New Year” yang mengatakan perayaan itu meniru sambutan tahun baharu di Amerika.
Topic Berkaitan
#Amos Yee
#blogger
#Lee Kuan Yew
#media sosial
#reman
#YouTuber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan