Gabenor Tokyo, Yuriko Koike dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, bersetuju untuk bekerjasama dalam menangani wabak COVID-19 sambil menganjurkan acara Olimpik dengan selamat tahun depan.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu diadakan pada Isnin, sehari selepas Koike memenangi pilihan raya penggal kedua untuk mewakili ibu negara Jepun.

Dalam pertemuan itu juga, Abe mengucapkan tahniah kepada Koike atas kemenangannya.

Setelah itu, Koike menyatakan hasrat kepimpinannya untuk membentuk Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit versi Tokyo, dan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan dan pakar lain.

Beliau juga berusaha mendapatkan pemahaman orang ramai untuk penganjuran Olimpik Tokyo versi yang lebih sederhana setelah ia ditunda ke tahun 2021 akibat COVID-19.

BACA: Yuriko Koike menang Pilihan Raya Gabenor Tokyo untuk penggal kedua