awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskiy berkunjung ke Donetsk, hargai pengorbanan anggota tentera

Agensi
Agensi
22/03/2025
15:49 MYT
Zelenskiy berkunjung ke Donetsk, hargai pengorbanan anggota tentera
Zelenskiy mengunjungi wilayah Donetsk di Ukraine pada Sabtu dan bertemu dengan komander unit dron di ibu pejabat lapangan Briged Serangan Berasingan ke-59 Angkatan Bersenjata Ukraine. - Gambar Reuters
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy mengunjungi wilayah Donetsk di Ukraine pada Sabtu dan bertemu dengan komander unit dron di ibu pejabat lapangan Briged Serangan Berasingan ke-59 Angkatan Bersenjata Ukraine.
Dalam pertemuan itu, Zelenskiy turut meluangkan masa bertemu dengan anggota tentera dan memaklumkan penghargaan serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada mereka serta berharap kemenangan akan berpihak kepada negara itu.
"Bagi pihak Ukraine, bagi pihak seluruh rakyat Ukraine, terima kasih kerana mempertahankan negara kita, kerana anda tetap teguh dan berani.
"Saya mendoakan kesihatan yang baik untuk anda dan orang tersayang, ini sangat penting. Saya mendoakan kemenangan untuk anda. Terima kasih atas khidmat anda semua," katanya.
Rusia dan seterunya, Ukraine melancarkan serangan dron terbesar sejak konflik antara kedua-dua negara bekas Kesatuan Soviet itu tercetus pada Februari 2022.
Dalam pada itu, Ukraine terus berusaha mempertahankan bandar Donetsk daripada serangan Rusia, di mana pasukan Moscow perlahan-lahan mara dalam usaha untuk menawan keseluruhan wilayah tersebut.
Bulan ini, kementerian pertahanan Kyiv mengumumkan bahawa mereka akan membeli sekitar 4.5 juta dron First Person View (FPV) pada tahun 2025, kebanyakannya daripada pengeluar tempatan, lebih dua kali ganda daripada jumlah tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Donetsk
#Ukraine
#serangan dron
#Volodymyr Zelenskiy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan