DUNIA
Zelensky ke Washington pada Isnin untuk berbincang dengan Trump

Zelensky dan Trump sebelum ini mengadakan perbualan telefon selama kira-kira sejam. Pemimpin Eropah kemudiannya disambungkan ke perbualan itu, menjadikan tempoh keseluruhan lebih satu jam setengah. - Gambar/ AP
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, akan berkunjung ke Washington pada Isnin bagi mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, umum Zelensky pada Sabtu pagi melalui Telegram selepas panggilan telefon dengan Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky akan berkunjung ke Washington pada Isnin untuk bertemu Presiden Donald Trump bagi membincangkan penamatan perang Rusia-Ukraine.
- Zelensky menyokong cadangan Trump untuk mengadakan mesyuarat tiga hala bersama Presiden Rusia Vladimir Putin dan mencadangkan penyertaan wakil Eropah bagi isu jaminan keselamatan.
- Perbualan telefon antara Zelensky, Trump dan pemimpin Eropah berlangsung selama lebih satu jam setengah, membincangkan isu utama rundingan dengan Putin.
Zelensky turut mencadangkan penyertaan wakil Eropah, khususnya berhubung isu jaminan keselamatan untuk negaranya.
Zelensky dan Trump sebelum ini mengadakan perbualan telefon selama kira-kira sejam. Pemimpin Eropah kemudiannya disambungkan ke perbualan itu, menjadikan tempoh keseluruhan lebih satu jam setengah.
Trump memaklumkan Zelensky dan para pemimpin Eropah mengenai "isu utama perbincangan" dengan Putin.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami