awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelensky: Sekatan perlu diteruskan jika tiada mesyuarat dengan Putin, Trump

Bernama
Bernama
16/08/2025
15:55 MYT
Zelensky: Sekatan perlu diteruskan jika tiada mesyuarat dengan Putin, Trump
Zelensky berkata beliau memberitahu Presiden AS Donald Trump, dalam perbualan pada Sabtu selepas mesyuarat Trump dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, di Alaska pada Jumaat bahawa sekatan memang berkesan. - Gambar fail/AP
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, pada Sabtu menegaskan semula desakannya supaya sekatan lebih ketat dikenakan terhadap Rusia sekiranya tiada mesyuarat antara beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Presiden Rusia, atau jika Rusia cuba mengelak daripada menamatkan perang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Zelensky berkata beliau memberitahu Presiden AS Donald Trump, dalam perbualan pada Sabtu selepas mesyuarat Trump dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, di Alaska pada Jumaat bahawa sekatan memang berkesan.
"Sekatan adalah alat yang berkesan," tulis Zelensky di platform X ketika menceritakan kembali perbualannya dengan Trump.
"Sekatan perlu diperkukuh sekiranya tiada mesyuarat tiga hala atau jika Rusia cuba mengelak daripada menamatkan perang secara jujur."
Kremlin sebelum ini menyatakan bahawa mesyuarat tiga hala tidak dibincangkan.
Zelensky turut menuntut jaminan keselamatan jangka panjang yang boleh dipercayai untuk Ukraine dengan penglibatan Eropah dan AS. Beliau menegaskan Kyiv mesti dimasukkan dalam semua rundingan berkaitan Ukraine, khususnya mengenai isu wilayah.
Pada masa ini, Rusia menguasai hampir satu perlima wilayah Ukraine termasuk Semenanjung Laut Hitam, Crimea, yang diilhak secara haram pada 2014.
Di Alaska, Putin dan Trump membincangkan konflik Ukraine tanpa sebarang penglibatan daripada negara yang diserang Rusia hampir tiga setengah tahun lalu.
Zelensky dijangka mengadakan rundingan langsung dengan ketua Rumah Putih di Washington pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelensky
#Donald Trump
#Vladimir Putin
#perang Rusia Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan