awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskyy beri amaran 'peperangan' akan tercetus di Rusia

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2023
22:45 MYT
Zelenskyy beri amaran 'peperangan' akan tercetus di Rusia
Zelenskyy (kiri) ketika menghadiri satu upacara khas tentera di Dataran Mykhailivska, Kiev. - Foto AP
KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memberi amaran pada Ahad "peperangan akan berlaku di Rusia" akan diteruskan selepas tiga dron negara itu ditembak jatuh di Moscow".
"Secara beransur-ansur peperangan ini akan kembali ke Rusia, kepada pusat simboliknya dan kesemua pangkalan tenteranya.
"Ini satu tindakan yang tidak dapat dielakkan dan adil bagi kami," katanya selepas melawat Ivano-Frankivsk, sebuah bandar di bahagian barat negara itu.
Beliau turut menyatakan Ukraine kini semakin kuat namun harus bersiap sedia menghadapi serangan baharu Moscow terhadap infrastruktur tenaga ketika musim sejuk.
Ketika ini, jelasnya, persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan telah dibincangkan di Ivano-Frankivsk.
Pada awal Ahad, pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan Rusia memaklumkan tiga dron Ukraine ditembak jatuh di Moscow.
Agensi berita DPA melaporkan bahagian hadapan dua bangunan pejabat alami kerosakan minimum akibat serangan itu.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Susulan kejadian itu, lapangan terband Vnukovo di Moscow ditutup dan penerbangan dilencongkan sementara operasi di lapangan terbang lain di wilayah itu berjalan seperti biasa.
Moscow menjadi sasaran beberapa serangan dron susulan pencerobohannya ke atas negara jiran Ukraine yang dilancarkan pada Februari 2022.
Ibu negara Rusia itu juga berulang kali menyasarkan Ukraine dengan dron dan peluru berpandu menyebabkan kematian dan kerosakan besar di Kiev dan bandar-bandar lain. - Agensi
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelenskyy
#peperangan
#serangan dron
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan