awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zimbabwe nilai kerosakan akibat wabak ulat ratus Afrika terburuk dalam 20 tahun - Menteri

Bernama
Bernama
26/03/2025
09:08 MYT
Zimbabwe nilai kerosakan akibat wabak ulat ratus Afrika terburuk dalam 20 tahun - Menteri
Meskipun usaha kawalan sedang giat dilakukan, serangan ulat ratus Afrika masih berlaku secara berselerak di kawasan baharu. - http://www.armyworm.org/species/african-armyworm/
HARARE: Zimbabwe terus berdepan dengan wabak ulat ratus Afrika terburuk dalam tempoh 20 tahun dan sedang menilai kerosakan yang berlaku terhadap tanaman, kata seorang pegawai kanan pada Selasa, lapor Xinhua.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di ibu negara Harare, Menteri Tanah, Pertanian, Perikanan, Air dan Pembangunan Luar Bandar Anxious Masuka menggesa komuniti petani di seluruh negara agar sentiasa berwaspada bagi membendung serangan perosak itu.
"Kami menggesa semua pihak untuk bertindak balas terhadap sebarang kejadian yang disyaki wabak ulat ratus Afrika. Ini tidak bermakna petani sahaja perlu membeli bahan kimia sekiranya berlaku serangan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk bertindak dan bertindak segera," katanya menjawab soalan daripada Xinhua.
Beliau berkata kerajaan tidak akan memberikan angka sebenar mengenai kerosakan akibat serangan ulat perosak itu sehingga bulan depan, selepas selesai pusingan kedua penilaian tanaman, ternakan dan perikanan, yang dijangka selesai pertengahan April.
Menurut Masuka, kerajaan Zimbabwe menggerakkan sumber mencukupi, termasuk bahan kimia dan kenderaan, serta memasang 214 perangkap pemantauan bagi mengawal wabak itu.
Beliau turut mendedahkan meskipun usaha kawalan sedang giat dilakukan, serangan ulat ratus Afrika masih berlaku secara berselerak di kawasan baharu, termasuk di wilayah Mashonaland Barat, Mashonaland Tengah dan Mashonaland Timur.
Wabak ini berlaku ketika negara itu menaruh harapan terhadap musim pertanian 2024/2025 yang lebih baik, susulan hujan lebat yang turun pada separuh kedua musim penanaman antara Januari dan Mac.
Zimbabwe masih dalam proses pemulihan daripada kemarau akibat El Nino tahun lalu, yang menyebabkan kira-kira 60 peratus penduduk mengalami ketidakjaminan makanan dan memerlukan bantuan makanan kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangga perosak
#ulat ratus afrika
#pertanian terjejas
#Zimbabwe
#armyworms
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan