Zon Keselamatan (SZ) di selatan Thailand, yang dinantikan sejak sekian lama, dijangka dibuka sebagai percubaan di satu kawasan yang dipersetujui bersama pada separuh pertama tahun depan.
Jurucakap MARA Patani (Majlis Syura Patani) Abu Hafez al-Hakim berkata projek perintis (SZ) itu akan menjadi satu lagi ujian dalam usaha membina keyakinan di antara kerajaan Thailand dan kumpulan militan.
"Sesungguhnya, ini adalah satu langkah kecil ke hadapan dan satu cabaran besar bukan sahaja bagi pihak A dan B (Thailand dan MARA), tetapi juga bagi para wakil Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta penduduk tempatan yang akan menjadi sebahagian daripada SZ," katanya dalam kenyataan hari ini.
MARA Patani adalah badan yang menaungi beberapa kumpulan militan di selatan Thailand dan terlibat dengan beberapa pusingan rundingan damai tidak rasmi dengan Bangkok, hasil usaha Malaysia.
Abu Hafez berkata kedua-dua pihak menubuhkan Pasukan Teknikal Bersama (JTT) bagi membincangkan penubuhan SZ pada 26 Okt lepas dan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada tarikh itu.
Menurutnya isu SZ masih relevan dan merupakan agenda penting yang akan dibincangkan.
"Perbincangan mengenai SZ merupakan penilaian sebenar tentang sikap saling mempercayai, komitmen, tolak ansur dan bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasama apabila ia dilaksanakan kelak," katanya.
Abu Hafez berkata pada mesyuarat kedua JTT mengenai SZ pada 22 Nov lepas, MARA Patani mengemukakan tiga syor kepada pihak kerajaan Thailand untuk diberi pertimbangan dalam usaha membina keyakinan sebelum SZ dilaksanakan.
"Suasana pada mesyuarat kedua JTT lebih mesra serta santai dan ini menunjukkan bahawa selepas dua tahun berbincang, indeks pembinaan keyakinan di antara kedua-dua pihak mula membuahkan hasil.
"Bagaimanapun, jalan ke arah kerjasama dan persefahaman penuh masih jauh di hadapan," katanya.
Syor yang dikemukakan itu mengandungi jaminan keselamatan dan perlindungan terhadap wakil MARA Patani di peringkat tempatan dan pembebasan tahanan politik, yang dianggap boleh membantu kejayaan pelaksanaan SZ.
Abu Hafez berkata syor ketiga ialah supaya kerajaan Thailand membatalkan cadangan membina loji janakuasa menggunakan tenaga arang batu, yang menimbulkan kontroversi serta penerokaan sumber asli lain di pedalaman wilayah selatan.
Pada mesyuarat JTT ketiga mengenai SZ pada 20 Dis lepas, kedua-dua pihak mencapai persetujuan menegenai deraf Rangka Kerja Umum mengenai Zon Keselamatan dan ia akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Bersama untuk diluluskan kelak.
Persidangan MARA Patani kedua pada 12 dan 13 Dis lepas dihadiri lebih 60 peserta teramasuk pemimpin terkemuka seperti Chegu Mae-Kutih, Awang Jabat, Kasturi Mahkota dan Ahmad Chu-Wo.
Pada akhir persidangan itu, MARA Patani menegaskan sekali lagi tentang komitmennya untuk menyelesaikan konflik Patani melalui dialog secara aman dengan Thailand. -- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016
Seorang pegawai polis berjalan melepasi sebuah kedai kedai runcit di Pattani, selatan Thailand, pada 3 November 2016, selepas ia musnah dalam satu kes pengeboman malam sebelumnya. - Gambar fail
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Kerajaan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Rallies across Asia, M'sia to call for greater labour rights
Some 1,500 workers in Malaysia marched through Dataran Merdeka to demand greater workers' rights, while workers and activists across Asia took to the streets in their respective capitals to mark Labour Day.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Zon Keselamatan selatan Thailand mungkin dilaksanakan tahun depan - MARA Patani
Projek perintis itu akan menjadi satu lagi ujian dalam usaha membina keyakinan di antara kerajaan Thailand dan kumpulan militan.