awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 peserta cilik Tahfiz Muda tonjol bakat hafaz al-Quran

Gempak
Gempak
07/04/2016
04:39 MYT
10 peserta cilik Tahfiz Muda tonjol bakat hafaz al-Quran
Sesi memperkenalkan peserta, juri dan tenaga produksi program Tahfiz Muda. - Foto Astro Oasis
SERAMAI 10 orang kanak-kanak telah dipilih untuk menyertai program realiti baru terbitan Astro, Tahfiz Muda. Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali, 10 calon tersebut telah dikenal pasti menerusi sesi uji bakat setelah melihat kelancaran mereka dalam menghafaz al-Quran. “Secara jujur, kami sendiri terkejut melihat kebolehan kanak-kanak ini menghafaz al-Quran seawal usia 8 tahun lagi. “Tidak dinafikan kebanyakan peserta yang hadir mempunyai bakat yang besar namun setelah penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan, maka 10 peserta inilah telah dipilih,” katanya ketika ditemui pada sidang media Tahfiz Muda. 10 peserta yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Syadril Idham Sable, 11, Muhammad Anas Ajwad Noor Hisham,10, Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, Muhammad Haneef Kamarulzaman, 8, Muhammad Aminuddin Mohd Basir, 9, Muhammad Amiruddin Mohd Basir,9, Fatimah Azzahra Bukhari, 12, Nura Mohd Nazir, 10, dan Mohamad Aqil Khair Mohamed Fairos, 11. Dalam pada itu, Tahfiz Muda juga bakal diadili 100 peratus oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz Zainuldin (Hakim Tajwid), PU Hafiz (Hakim Hafazan) dan Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman (Hakim Tarannum Kreativiti). Selain itu, program ini juga turut menampilkan Ustaz Don Daniyal sebagai Murabbi (pembimbing) manakala Imam Muda Asyraf selaku hos Tahfiz Muda. Tahfiz Muda akan bersiaran setiap Khamis, jam 9 malam bermula 14 April 2016 secara eksklusif di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135)
Topic Berkaitan
#10 peserta Tahficz Muda
#astro oasis
#hafaz al-Quran
#Tahfiz Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan