SEMPENA dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, saluran Ria, Astro menyenaraikan 11 tajuk telefilem yang diterbitkan secara eksklusif untuk tontonan para pelanggannya.
Kesemua telefilem itu pastinya akan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri anda bersama keluarga.
Berikut kami senaraikan kesemua 11 telefilem sebagai panduan buat anda semua.
1. QURAN PONDOK BURUK (Malam Raya | 8:30 malam)
Kesinambungan daripada telefilem legenda Pondok Buruk 1 dan 2, Quran Pondok Buruk membawakan kisah obsesi tiga beradik yang derhaka, terdesak mahukan keampunan daripada ibu mereka yang telah meninggal dunia.
Pelakon: Datuk Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Raja Azura, Vanidah Imran dan Datuk Jalaluddin Hassan.
2. SUMPAHAN PETI AIS (1 Syawal | 10pagi)
Kerana mulut badan binasa dan kerana mulut berlagak Tina disumpah menjadi peti ais pada waktu malam.
Apa yang disangkakan mimpi rupanya kenyataan. Mampukah Tina mengawal mulut lancangnya dan membatalkan sumpahan peti ais pada Aidilfitri ini?
Pelakon: Sherry Al Hadad, Didie Alias dan Sharifah Sakinah.
3. HEIST-DILFITRI (2 Syawal | 10pagi)
Telefilem arahan sulung Zizan Razak, Heist-dilfitri mengisahkan tiga sahabat, Ibrahim, Musa dan Anis, perompak profesional yang tidak pernah merasai kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga.
Musa mendapat idea untuk merompak rumah seorang hartawan dan memaksanya untuk menyambut raya seperti sebuah keluarga bersama mereka.
Pelakon: Zizan Razak, Issey, Shiqin Kamal, Jiha Sham, Maria Faridah dan Khir Rahman.
4. DIARI CHINTA (3 Syawal | 10pagi)
Chinta yang selalu gagal dalam kisah cintanya dihadiahkan sebuah diari ajaib untuk dia menulis babak cinta yang diidamkan di dalam diari tersebut.
Hidup Chinta mula berubah bila apa sahaja yang ditulis di dalam diari itu, semuanya menjadi kenyataan.
Pelakon: Ben Amir dan Tracie Sinidol.
5. LANGIT TAK MENDENGAR (4 Syawal | 10pagi)
Apabila abangnya tidak mampu lagi menjaga ibu mereka, Jue terpaksa membawa ibunya yang seakan-akan nyanyuk untuk tinggal bersamanya.
Hidup Jue mula terbeban dengan pilihan mahu menjadi anak kepada ibunya atau isteri kepada suaminya.
Pelakon: Emma Maembong, Fikry Ibrahim dan Mak Engku.
6. PENGANTIN TANGKAP MUAT (5 Syawal | 10pagi)
Mengisahkan Arif dan Mazwin bertemu jodoh dalam keadaan mengejut apabila mereka dikahwinkan tanpa perancangan.
Mereka dijadikan pengantin ganti saat akhir kerana pengantin asal Harishah dan Natasha melarikan diri pada malam akad nikah.
Pelakon: Raff Roslee, Siti Saleha, Nafiz Zaidi dan Kimberly Chua.
7. BRO JENIN (6 Syawal | 10pagi)
Sedang dia khayal berangan, Mat Jenin terjatuh dari pokok dan tanpa dia sedar, dia telah merentasi masa dan dibawa ke tahun 2023.
Berhadapan dengan kejutan budaya yang ekstrem, Jenin cuba untuk menyesuaikan diri sambil cuba untuk kembali ke zamannya dengan batuan Emily.
Pelakon: Remy Ishak dan Daiyan Trisha.
8. CHALLENGE ACCEPTED (7 Syawal | 1-pagi)
Setelah Fatimah, seorang gadis misteri berpurdah menjadi viral apabila muncul di dalam videonya, Jeff seorang tiktokers terkenal dicabar oleh peminatnya untuk mencari, berkenalan dan membuat Fatimah jatuh hati kepadanya. Mampukah dia berbuat demikian?
Pelakon: Ryan Bakery dan Erysha Emyra.
9. RAYA SEBAGAI ISTERI (8 Syawal | 10 pagi)
Soraya dan Haidar disatukan atas kehendak ibu Soraya dan Soraya tidak pernah rasa bahagia dari hari pertama dia bergelar isteri.
Rasa tidak bahagia itu perlahan-lahan berubah menjadi cemburu apabila Haidar dan ibunya menjadi terlalu rapat sehingga Soraya rasa tergugat dengan statusnya sebagai isteri Haidar.
Pelakon: Hawa Rizwana dan Zizan Razak.
10. BUKAN BIASA BIASA (9 Syawal | 10 pagi)
Sofia diberi tugas untuk memasarkan tudung mewah koleksi raya terbaharu daripada pereka fesyen terkenal, Aisha Aminuddin dan dia juga perlu bekerjasama dengan Ketua Pereka syarikat bernama Mael Lambo.
Masalah timbul apabila Mael dituduh meniru rekaan sebuah perniagaan tudung kecil-kecilan yang sedang meningkat naik untuk rekaan baru tudung Raya Aisha.
Pelakon: Siti Khadijah, Adlin Aman Ramlee dan Alicia Amin.
11. DEBUNK (21 April 2023 | 10 Malam)
Sekuel daripada telefilem viral Debunk, perjalanan cerita kali ini membawa Edna yang secara curi-curi mengikuti Sofi balik ke rumahnya dengan niat hendak menyambut hari raya bersama keluarga Sofi.
Edna juga jatuh cinta dengan Rafi, abang Sofi dan kehadiran Edna mula memporak perandakan persiapan raya keluarga Sofi.
Pelakon: Sharifah Sakinah dan Wan Chai.
Astro Awani
Fri Apr 21 2023
Pengarah Rashid Sibir kembali lagi dengan buah tangan terbaharunya Quran Pondok Buruk.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di UK, akan diketahui dalam tempoh 10-14 hari.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.