"Lincoln", "Les Miserables" dan "Silver Linings Playbook" mendahului calon lain untuk anugerah Screen Actors Guild.

Anugerah tahunan itu dianjurkan oleh Persatuan Pelakon Hollywood untuk memberi pengiktirafan kepada bintang-bintang filem dan televisyen.

"Les Miserables" tercalon untuk Hugh Jackman dalam kategori aktor Terbaik, Anne Hathaway bagi Aktres Pembantu Terbaik serta Persembahan Berkumpulan Terbaik dan Aksi Lasak Terbaik.

Filem arahan Steven Spielberg, "Lincoln" pula menerima pencalonan untuk Daniel Day-Lewis (Aktor Terbaik), Sally Field (Aktres Pembantu Terbaik), Tommy Lee Jones (Aktor Pembantu Terbaik) dan Persembahan Berkumpulan Terbaik).

Manakala filem "Silver Linings Playbook" mempertaruhkan Bradley Cooper dan Jennifer Lawrence, masing-masing untuk anugerah Pelakon Terbaik, Robert de Niro, calon Aktor Terbaik dan Persembahan Berkumpulan Terbaik.

Senarai pencalonan 13 kategori diumumkan Busy Phillips dan Taye Diggs di Los Angeles.

Keputusan bakal diumumkan pada 27 Januari nanti, beberapa hari selepas pengumuman calon anugerah Oscar.